“InsyaAllah Balik Dengan Ampa Na” – Dituduh Bangga Anak ‘Viral’ Cara Tak Baik, Ibu Masya Masyitah ‘Bahasakan’ Warganet

Hiburan

“InsyaAllah Balik Dengan Ampa Na” – Dituduh Bangga Anak ‘Viral’ Cara Tak Baik, Ibu Masya Masyitah ‘Bahasakan’ Warganet

Baru-baru ini penyanyi yang sedang meningkat naik, Masya Masyitah dikritik selepas mengenakan turtleneck yang dipadankan dengan jumpsuit pada bahagian luar ketika bercuti di Dubai.

Susulan kecaman yang diterima, Masya telah memadam gambar berkenaan dan tampil menjelaskan isu pakaian tersebut menerusi Instagram Live.

Advertisement

Menurutnya, dia tidak mengendahkan kata-kata negatif yang dilontarkan kepadanya sebaliknya sentiasa berfikiran positif dalam segala hal yang berlaku.

Buat apa kita nak stress-stress fikir negatif, biar kita fikir benda yang positif.”

Sumber : GEMPAK  

Walau bagaimanapun, ada sesetengah warganet yang menuduh bahawa ibu kepada Masya bangga anak perempuannya itu tular dengan cara yang tidak baik.

Namun, kenyataan itu dibalas oleh ibu Masya sendiri dengan ‘membahasakan’ individu berikut supaya berhenti mengata kerana bimbang perkara yang tidak diingini terjadi kepada diri sendiri.

Amboi nak mengata juga lagi. Takpa Alhamdulillah. Apa yang kata tu, insyaAllah balik dengan ampa na.”

Sekadar info, Masya sebelum ini pernah menjadi buah mulut warganet selepas dia menyentuh wajah model lelaki dalam video muziknya.

2 years ago

"First Time Tengok Orang Pakai Bra Dekat Luar" - Gara-Gara Pakai 'Jumpsuit', Netizen Kecam Fesyen Masya Masyitah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : GEMPAK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...