“Insya-Allah Ini Perkahwinan Terakhir” – King Coco Dedah Wajah Suami Baru, Maklum Dah Setahun Kahwin

Kehidupan

“Insya-Allah Ini Perkahwinan Terakhir” – King Coco Dedah Wajah Suami Baru, Maklum Dah Setahun Kahwin

Pensohor media sosial, King Coco memaklumkan status terkininya yang sudah bergelar isteri buat kali kedua.

King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di media sosialnya untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut.

Advertisement

Malah, dia juga memaklumkan suaminya itu pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

KingcocoSumber : Instagram  

Suamiku sayang, dah hampir setahun lebih kita bersama. Banyak yang kita belum tempuh, tapi yang kita tempuh banyak juga pasang surutnya.

Kita berdua pernah mengalami alam perkahwinan, yang lepas ada manis ada pahit. Terima kasih kerana masih sedarkan saya, i always deserved better. Ada seorang lelaki yang tahu menjaga saya, tahu akan tanggungjawab walaupun tanggungjawa terhadap Mateen dan Haqeem.

King Coco juga meluahkan harapan agar perkahwinan ini adalah pernikahannya yang terakhir kali selepas kegagalan rumah tangga yang dibinanya sebelum ini.

Saya sayang awak, Insyallah ini adalah perkahwinan saya yang terakhir. Jika diizin olehnya, saya nak sampai mati dengan awak.

Sekadar info, King Coco mula menjadi tumpuan setelah videonya bercakap pelat sebelum ini selain kontroversi sebagai perampas suami orang.

Dia pernah berkahwin dengan seorang usahawan, Azrin Anas Abdul Shukor pada 1 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tengku Afzan
6 months ago

"Orang Baik Sebab Tu Saya Setuju" - 'Save The Date' 22 Ogos, Ini Serba Sedikit Biodata FD Izham Bakal Menantu Tunku Ampuan Pahang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...