Insurans Pengangguran Perluas Manfaat, Penganggur Bakal Dapat Separuh Gaji Di bawah Insurans Baru

Trending

Insurans Pengangguran Perluas Manfaat, Penganggur Bakal Dapat Separuh Gaji Di bawah Insurans Baru

Insurans Pengangguran bakal perluaskan sistem perlindungannya, termasuk cadangan pampasan setengah bulan gaji selama 6 bulan kepada penganggur dan wanita bersalin juga boleh memohon cuti tanpa gaji selama 12 bulan.

Advertisement

Sin Chew Daily melaporkan, insurans itu akan menggantikan Skim Insurans Pekerjaan (EIS) yang diumumkan kerajaan pada pembentangan Bajet 2015 sebelum ini. Ia dengan cadangan memberi bantuan saraan sementara, latihan semula dan mempertingkat kemahiran bagi pekerja yang diberhentikan majikan.

Di bawah skim baru itu, pekerja tempatan yang mencarum selama 12 bulan dan gagal mendapat pekerjaan baru dalam tempoh 6 bulan selepas diberhentikan, maka mereka layak mendapat pampasan 50% gaji selama 6 bulan.

Konsepnya sama seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), di mana kira-kira 400,000 korporat atau majikan dan 13 juta pekerja wajib mencarum setiap bulan.

Draf Rang Undang-undang Skim Insurans Pengangguran yang disediakan Kementerian Sumber Manusia itu akan diserahkan untuk semakan Kabinet dan dijangka dibentangkan di Parlimen, selewat-lewatnya tahun depan.

Pada masa sama, kerajaan turut mencadangkan wanita bersalin boleh memohon cuti tanpa gaji selama 12 bulan di bawah skim itu.

Akhbar itu melaporkan, insurans itu juga akan membiayai kos latihan menukar kerja atau membantu pekerja mencari kerja lain dan mereka akan mendapat pampasan, jika syarikat menamatkan operasi atau bankrap.

Difahamkan, kerajaan mempertimbangkan penubuhan sebuah organisasi untuk mengendalikan program itu, namun ia dibantah beberapa pihak kerana bimbang langkah itu akan meningkatkan modal kerajaan dan majikan.

Sehubungan itu, mereka mencadangkan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) untuk menguruskan program terbabit.

Kerajaan sebelum ini mencadangkan skim itu dikendalikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan dipantau Kementerian Kewangan serta Kementerian Sumber Manusia.

Pada 19 Julai lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dilaporkan berkata, kertas kabinet mengenai cadangan EIS akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya awal tahun depan bagi mendapatkan kelulusan kerajaan dan secara dasarnya ia dipersetujui kebanyakan majikan berdasarkan pertemuan pihaknya bersama syarikat perniagaan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Michael Kang Hua Keong dipetik Sin Chew Daily membantah program itu dilaksanakan dengan alasan ia akan meningkatkan modal peniaga.

Beliau sangsi jika majikan dan pekerja akan mendapat manfaat daripada skim berkenaan, kerana mereka sudah mencarum kepada Perkeso serta KWSP.

Kang mendakwa Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) juga tidak berpuas hati dengan cadangan itu, kerana ia hanya membebankan mereka dan sudah ada Perkeso untuk melindungi kebajikan pekerja.

Beliau berkata, mereka ingin tahu siapa yang akan mengendalikan skim itu dan penubuhan organisasi kerajaan baru hanya akan membazirkan sumber tenaga manusia serta dana.

“Kami tidak mahu insurans itu menyebabkan produktiviti pekerja merosot. Kami berharap skim ini dapat menyerlahkan kebolehan sebenar pekerja, bukannya mewujudkan sesuatu program seperti Perkeso atau KWSP.

“Contohnya, majikan hanya perlu membayar pampasan 2 bulan kepada pekerja diberhentikan, setiap bulan RM2,000 dan yang lain terima wang insurans,” katanya .

“Kami sepatutnya menemui ketua setiausaha Kementerian Sumber Manusia pada minggu depan untuk membincangkan skim ini.”

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) sebelum ini turut membantah skim berkenaan dengan alasan majikan dan pekerja perlu membiayai insurans itu dan hanya sebilangan kecil pekerja mendapat manfaatnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Samsuddin Bardan sebaliknya mencadangkan pelaksanaan skim simpanan yang dicadangkan MEF, bukannya melaksanakan skim berkonsep insurans itu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...