Insurans Itu Ibarat Tayar Spare Kereta Anda

Hiburan

Insurans Itu Ibarat Tayar Spare Kereta Anda

Semua orang mesti ada kerete kan? Kalau bukan sekarang pon, mesti nanti-nanti ada, betul tak?. Ada orang pakai Mercedes, BMW atau Ferrari. Ada juga guna Proton, Perodua atau Honda. Tak kisahlah apa jenis kerete pon, asal beli kereta, satu benda yang tak boleh tinggal – mesti ada spare tyre.

prudential

Advertisement

Spare tyre ni kita bawak sokmo, standby jer dalam but kereta. Macam mana penuh pon barang dalam but, spare tyre tu ada je kat situ, kita takkan alih spare tyre tu. Keadaan spare tyre tu pon kita jaga. Angina mesti cukup, getah tayarcantik lagi. Pendek kata, wajib ada lah spare tyre ni.

Tapi, bila nyer kita nak guna spare tyre nih? Dalam 10 tahun mungkin sekali aje kot. Ada jugak orang tak pernah pakai langsung. Ada juga orang dalam setahun sampai 2 kali tayar dia pancit. Sebab tu lah kita kelek tayar spare ni ke hulu ke hilir.

Cuba korang bayangkan tengah malam buta kat highway, tiba-tiba tayar meletup, “Opocot, Mak kau!”. Garu kepala dibuatnya. Tapi boleh lagi tarik nafas lega, sebab kita tau dalam but ada spare tyre dan tools yang lengkap.

prudential

Kalaulah masa ni baru nak beli tayar spare, takdo maknenye! Menyusahkan orang lain, lagi banyak duit keluar untuk panggil pomen. Pastu masa tu, sengsara hidup lah sekejap sementara nak menunggu belas ikhsan orang datang bawakan tayar lain untuk kita.

Sebenarnya, dalam hidup ni, insurans itu ibarat tayar spare. Semua orang mesti ada, walaupon memang kita tak tahu bila kita akan guna insurans tu. Contohnya; kalau ditakdirkan kita ni dapat penyakit yang serius perlukan RM40,000 untuk berubat, kalau kita dah ready siap-siap dgn insurans perubatan? Senang je, terus boleh pergi hospital untuk dapatkan rawatan, hanya tunjuk kad perubatan yang kita ada.

Bayangkan pulak, kalau langsung takde insurans masa tuh? Mungkin kita perlu menunggu lama untuk dapatkan rawatan, atau perlu minta belas ihsan orang lain untuk mengumpul duit rawatan. Duit simpanan dalam bank pulak memang dah tak ada. Tak ke masalah kalau gitu?

Berapa ramai antara korang ni yang memandu kehidupan tanpa tayar spare (insurans)?

[note]Oi, jangan Jang, ko nak tunggu sakit baru nak beli insuran, kompemlah tak boleh!!! [/note]

Lagi satu, if tayar spare tu tak cukup angin, takpon tools takde untuk tukar tayar, tak guna jugaklah. Kena pastikan lengkap, sama juga insurans pon perlu yang pakej yang komprehensif, paling penting kena tahu apa jenis insurans yang korang amik. Ada setengah orang ada insurans kemalangan aje, so kalau nak claim bil perubatan hospital sebab penyakit, mestilah tak boleh kan.

prudential

Prudential menawarkan pakej komprehensif semua dalam satu; insurans kemalangan, kad perubatan, elaun penyakit kritikal, manfaat kematian & juga simpanan. Senang cerita, insurans yang ditawarkan oleh Prudential memang lengkap untuk diri kita ini. Semua pun ada.

Kalau kereta kita lengkapkan dengan tayar spare & tools, diri kita juga mesti disiapkan dengan pakej insurans terbaik agar jika kita bermasalah jantung ‘pancit’ ke, paru-paru ‘pancit’ ke, hakta demam denggi sekalipon…..sekurang-kurangnya beban kewangan dapat diringankan dengan plan insurans dari Prudential. Tak gitu?

Untuk info selanjutnya, sila ke laman web Prudential.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...