Insurans: “Bukan Klien Saja Yang Boleh Salah Pilih Ejen, Ejen Pun Selalu Kena Dengan Klien”

Trending

Insurans: “Bukan Klien Saja Yang Boleh Salah Pilih Ejen, Ejen Pun Selalu Kena Dengan Klien”

Sebelum ini kami menyiarkan tentang seorang lelaki yang mengalami masalah apabila agennya tidak memberi kerjasama dengan baik ketika dia cuba memasukkan anaknya ke wad hospital berbayar. Tajuk luahan pengguna Facebook bernama Muhammad Hilmi Nawang itu menjadi viral semalam dan mengundang pelbagai reaksi. Tajuknya, “Aku Tersalah Pilih Agen Ke?”, dan ramai yang berpendapat kes tersebut sebenarnya memang berlaku kerana sikap agen insurans yang tidak bersungguh-sungguh. Sikapnya menyebabkan Hilmi mengalami masalah untuk memasukkan anaknya untuk menerima rawatan di hospital berbayar selesa menggunakan kad perubatan Prudential, dan akhirnya terpaksa balik ke rumah begitu saja bersama anaknya.

agentTerbaru, seorang penguna Facebook yang lain telah menulis pengalamannya mengendalikan klien, yang ada kalanya menyebabkan berlakunya kejadian jenayah sehingga terpaksa membuat laporan polis. Tulisan Izzaty Abu Hairi boleh dibaca di bawah:

Advertisement

Sepanjang karier sebagai ejen insurans ni dah banyak kes saya dengar pasal penipuan terancang. Prospek ajak jumpa kununnya nak sign up insurans, bila jumpa kena pukau, habis duit dalam beg kena kebas. Ada yang masa jumpa kununnya mengaku pegawai kastam yang buat rampasan iphone di sempadan, boleh beli iphone harga murah dengan dia, aku sign up insurans dengan ko, ko belilah iphone dengan aku, bila duit dah bertukar tangan, kununnya nak ambil stok dalam kereta, tapi penipu ni terus cabut lari. Ada yang menyamar nak sign up insurans untuk satu company, ajak makan besar minta ejen sponsor, lauk habis semua balik kekenyangan sign up nya tak juga. Ringkas cerita, umpama kita ni mudah sangat terpedaya untuk kejar sales dan tidak cukup berhati-hati. Hakikatnya, kalau musibah tu nak jadi, jadi juga walaupun kita dah cuba elak dan dalam hati dah tawakal habis dah ni. Tengok viral video dalam FB, handbag kena curi masa tengah sujud solat di masjid, handbag kena ragut masa tengah isi minyak di petrol pump. Bab tu dan bab penipuan terancang di atas saya dah cuba untuk berhati-hati setiap masa. Baca doa masa keluar rumah, doa sebelum bawak kereta, doa sebelum dan semasa jumpa orang. Akhirnya, kalau nak kena tipu tu, kena juga di lain ketika di lain situasi. Bak kata my mentor King of The Town masa awal-awal saya jadi ejen dulu, “Ko pakai Myvi kena tipu? Aku ni dah pakai Audi pon masih kena tipu lagi la”

– 3 Ogos 2016 1:00 pm : Jumpa client (Atun) di Subway Capsquare Tower untuk hantar polisi. Kebetulan boss Atun ternampak kami dan dia menyampuk “sign je insurans tu, bagus dah tu”. Borak-borak, bila dah selesai semua, kami pon berpisah.

– 3 Ogos 2016 3:00 pm : Dapat mesej dari Atun lebih kurang begini, “Kak, ada brother yang duduk sebelah kita tadi minta no telefon akak dari saya, dia dengar apa yang kita bincang tadi, dia tengah nak cari insurans juga tu”. Seronok sebab ni bukan pertama kali rezeki Allah datang dari meja orang sebelah. Tapi terfikir juga, orang yang beria cari insurans ni kebanyakkannya yang dah tak sihat dan dah tak layak untuk sign up insurans. Ok tak baik bersangka buruk, jangan prejudge orang.

– 3 Ogos 2016 8:00 pm : Dapat mesej tak dikenali, perkenalkan diri sebagai En Amri, terdengar perbualan tentang insurans di Subway. Berbalas-balas mesej untuk perjumpaan di tempat sama pada esok hari, saya minta dia bawa bersama isteri sebab katanya isterinya yang beria-ia nak cari insurans. Esok pagi dia akan roger dulu untuk confirmation. Suami diberitahu tentang perjumpaan ini, kami sama-sama rasa “Betul ke ni? Takpe la tunggu esok dia telefon. Kalau jadi ajak Atun teman sekali”.

– 4 Ogos 2016 12 pm : Lepas Captain Meeting di agensi, terpaksa minta keluar meeting awal (walaupon terpaksa skip captain lunch treat kat Kokopeli ) sebab penipu ni cakap wife dia setuju untuk jumpa lunch time. Otw, tiba-tiba tukar tempat, jumpa di The Weld pejabat dia kununnya. Saya telefon suami untuk beritahu tentang pertukaran ini. Pegi The Weld. Sampai The Weld, penipu ni dah tunggu kat lobby, dia tanya kita naik kereta apa dan warna apa, sebab susah nak dapat parking katanya. Dia cakap parking The Weld mahal, saya cakap takpa, saya dah nak masuk parking The Weld dah pon, dia jawab, OK la nanti minta kad parking dia akan cop. Bila masuk The Weld, tengok harga “RM3 untuk 1 jam pertama, RM2 untuk jam seterusnya”. Takda la mahal sangat untuk warga Bukit Bintang kan. Pelik dah kat sini. Cuba telefon suami, kali ni suami tak angkat telefon.

– 4 Ogos 2016 1 pm : Jumpa di Bar B Q Tonight level 1 betul-betul atas lobby The Weld. Penipu ni lagaknya umpama selalu datang situ, say hi kepada waiter-waiter bangla di situ dan tunjuk nak duduk di tempat biasa (kunun macam dah biasa dengan port tu). Bermulalah 2 jam setengah berborak. Repo, fact finding, build chemistry, present, handling objection – sangat genuine. Buatkan kita selesa, bercerita tentang isterinya yang tak sampai-sampai dari tadi, keep calling isteri beliau tanya bila siap meeting, Izzaty dah tunggu dan sebagainya. Sekejap-sekejap akan jengah ke lobby bawah untuk pastikan isterinya dah sampai. Atas meja dia ada bawa 1 sampul surat besar dan tebal. Dia tak cakap apa ada dalam tu, tapi kerap kali berlakon terima call in, dia minta saya berhenti bercakap sekejap (isyarat tangan) bercakap di telefon dengan pemanggil kununnya cheque dah ready, projek sekian dah deliver, tendar baru dah sampai atas meja (sambil pegang dan baca nama company di atas sampul surat tadi – Institute Megatech). Menampakkan diri sebagai orang penting dalam company yang sibuk dengan call in dan projek. Bila sedar kena tipu, baru perasan ni semua ayat-ayat drama TV Melayu. Mengaku diri sebagai seorang kontraktor binaan, dia dan isteri terdengar perbincangan saya dengan Atun semalam tentang insurans, minta nombor saya dari Atun kununnya Atun tu adalah staff sahabatnya (di sini baru saya tahu penipu ni memang dah perhatikan kami dari awal semalam sehinggalah insiden boss Atun menyampuk kepada kami. Mengaku kununnya boss Atun tu lah sahabatnya bagi menampakkan dirinya adalah “somebody”). Menunjukkan karektor tenang, meyakinkan dan berpegangan agama yang kuat. Sekali sekala bercerita tentang anak, tentang kekayaannya (yang ni memang nampak penipu dalam ayat drama TV), bertanya detail tentang quotation dan manfaat insurans, sehingga sedia untuk sign up, saya minta IC dan bisnes kad, dia tak bagi sebaliknya dia telefon lagi isterinya, minta isteri datang dengan bawa IC copy dan buku cheque. Saya ada bertanya tentang perkara yang saya tau orang kaya tidak akan buat. Kenapa signature simple sangat? Kenapa bisnes people tapi tak ambil tahu tentang insurans dan cukai? Bukankah kontraktor sentiasa bermain dengan fire, building dan public liability insurans? Tetapi jawapan balas dan ceritanya makin nampak meyakinkan hingga bila terdetik prasangka buruk dalam hati, kita buang jauh-jauh. Dah nama pon penipu, akalnya panjang. Sehingga insiden dia telefon lagi isterinya, sambil mengomel kenapa lama sangat sehingga dia terpaksa call banyak kali dan jadikan bateri handphone low. Kemudian dia minta guna handphone saya, saya bagi. Bila selesai guna telefon saya, kami sambung borak lagi.

– 4 Ogos 2016 3:18 pm : Tiba-tiba penipu ni jengah lagi ke bawah lobby dan katakan eh isterinya sudah sampai bawah, dia mohon turun sekejap, tinggalkan sampul suratnya depan saya, pergi meninggalkan meja, buka pintu restoran, tiba-tiba berlakon patah balik semula ke meja saya dalam tergesa-gesa, sambil berkata “Eh terlupa la handphone I dah habis bateri, I pinjam handphone you sekejap”. Disebabkan tadi dah bagi pinjam, jadi saya cakap OK. Bila sedar handphone dibawa pergi, saya cuak, tapi sedapkan hati barangnya masih di atas meja saya ni. Tunggu 15 minit, panggil waiter bangla yang penipu ni tegur tadi, saya tanya dia “You see my friend?”, “Outside” waiter tu jawab. Saya tanya lagi “Will he come back? You know him? You always see him sitting here?” Yes yes, jawabnya. Jawapan waiter bangla tu mengimbangi hati, dalam denial mode, saya bukan kena tipu ni, dia regular customer kat sini, dia akan datang balik. Lepas beberapa minit, dah mula tak sedap hati lagi walaupon dari tadi dalam hati dah ulang-ulang kali baca Bismillahitawakaltu. Tunggu lagi.

– 4 Ogos 2016 3:50 pm : Minta password wifi dari waiter bangla yang sama dengan harapan nak mesej suami di FB, baru tau rupanya bangla tu tak faham apa yang kita tanya tadi, dia cuma Yes Yes je. Panggil waiter sorang lagi, Melayu. Nampak siapa yang duduk dengan saya tadi? Nampak. Dia selalu duduk meja ni? Tak. Pernah nampak dia sebelum ni kat sini? Tak pernah. Cuak. Pinjam telefon awak. Takda kredit kak. Pinjam telefon restoran, ada dekat dalam. Meja saya penuh dengan ipad, buku, flyrs, proposal form, sampul surat penipu tu, saya tak boleh tinggalkan meja. Pinjam handphone waiter lain, bangla juga, terus telefon Maybank minta deactivate m2u account. Terperanjat, customer servis cakap akaun memang dah kena sekat walhal tengahari tadi baru login. Maksudnya ada cubaan lebih dari 3 kali untuk login m2u dari handphone saya sejak setengah jam yang lepas. Sah, memang kena tipu, handphone kena bawa lari. Panik, cuba untuk tenang, buka sampul surat besar atas meja yang kununnya tender projek penipu ni tadi, buka pakai pisau. Dalam tu, hmmm cuma surat khabar dengan cop “Sponsored Copy” tah dari mana dia dapat free. Bagi balik handphone pada bangla tu, tak menangis, jatuh air mata bila bangla tu tolak duit saya untuk saya gantikan kredit dia. Dalam saya kena tipu, ada juga orang yang berhati perut. Semua waiter-waiter dalam restoran tu tau saya kena tipu. Tak berani turun ke kereta, takut nak terima kenyataan kalau kereta pon kena sebat dan jika tidak pon, penipu tu tunggu di mana-mana untuk dapatkan kunci kereta. Beranikan diri, pergi ATM periksa baki dalam akaun masih ada, turun parking lot alhamdulillah kereta masih ada dan terus pergi Ara Damansara jumpa suami buat laporan di balai polis. Diberitahu, setakat petang tadi ada dua kes sama di lokasi berbeza. Kes satu lagi berlaku di Yayasan Selangor. Redha. Nasib hanya telefon yang hilang. Moralnya :

1) Jika ada prospek bersungguh dengan produk kita, mohon jumpa di pejabat kita atau bawa teman
2) Sebelum beri kebenaran orang pegang harta kita, minta dulu semua particulars. Proposal form saya isi di bahagian health screening sahaja memandangkan IC dan details lain dia elak untuk bagi
3) Ha sambung la sendiri apa lagi moralnya. Nak ke balai polis balik untuk buat statement lagi ni. Doakan

Sebenarnya bukan ejen insurans sahaja yang boleh jadi mangsa, saya kirakan mana-mana urusan yang melibatkan urusan jual beli, unit trust, bank, property yang memerlukan kita bersemuka dengan potensi prospek juga boleh jadi mangsa. Kita berhati-hati kot kiri, kita kena kot kanan. Dalam repot polis tu pon tulis simple je, as if memang mudah untuk kita diperdaya. Hakikatnya, 2 hari punya cerita, 3 jam punya borak. Hmmm

Anggap ujian ni hanyalah sebagai cabaran untuk terus berjaya. Tak senang nak senang, jadi bagi client-client insurans di luar sana, hargailah ejen anda yang masih ada tu. Yang mana servis dah bagus, janganlah terlalu manja dan dicari kesalahannya sebab ejen pon manusia biasa yang berdepan dengan cabaran dan ujian untuk memberi servis terbaik kepada orang awam. Yang dah tak ada ejen tu, janganlah dicela keputusannya kerana ujian sebegini adalah makanan orang sales. Bukan client je yang boleh salah pilih ejen, ejen pon selalu kena main dengan client. Bukan ejen je yang “ayatnya manis dan indah”, client dan prospek juga sama. Alhamdulillah, dikurniakan dengan client-client yang terbaik setakat ini. I love my client. Harap perkongsian ini memberi manfaat. SEE YOU AT THE TOP! (InsyaAllah).

Setiap bentuk pekerjaan itu ada cabarannya. Memang tidak seharusnya kita menganggap kerja kita paling stres atau paling banyak cabaran berbanding orang lain. Yang penting ialah kita tahu masalah dan cabaran dalam berurusan dengan orang lain itu sesuatu yang lazim. Yang penting ialah cara menanganinya yang tidak memudaratkan orang lain.

Sumber: Izzaty Abu Hairi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...