Instagram Paparkan Notifikasi Jika Seseorang Merakam Stories Anda

Trending

Instagram Paparkan Notifikasi Jika Seseorang Merakam Stories Anda

Instagram telah memperkenalkan ciri baharu pada paltform mereka yang bakal ditambah secara berperingkat kepada semua pengguna Instagram. Ciri tersebut ialah paparan notifikasi sekiranya ada individu yang merakamkan Instagram Stories milik anda.

Advertisement

Ciri ini mungkin belum membabitkan semua pengguna tetapi bakal diterima semua secara berperingkat dalam tempoh beberapa hari atau minggu.

Bagi pengguna yang merakamkan skrin seseorang buat kali pertama, notifikasi akan diberikan bagi memberitahu pemilik Instagram Stories akan aktiviti mereka.

Untuk kali ke seterusnya, tiada lagi notifikasi akan dipapar untuk orang yang merakam skrin, tetapi akan direkodkan dalam statistik pemilik akaun yang dirakam.

Ia hanya dipaparkan sekali sahaja dan selepas itu pemilik akan boleh melihat profil perakam gambar Instagram Stories mereka.

Jadi, pemilik Instagram Stories boleh membuat semakan di bahagian statistik Stories melalui ikon khusus yang diperkenalkan

Ciri akan membantu dalam mengenal pasti penyebar Insta Stories anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...