Satu yang memaparkan koleksi jam tangan mewah milik Datin Seri Rosmah Mansor dan harga sebenar jam-jam itu telah menjadi bualan Netizen sejak ia diwujudkan.
Ia memuat naik gambar Rosmah mengenakan jam-jam tangan yang eksklusif dan menamakan jenama jam tangan tersebut beserta harganya.
1. RM 1,000,000.00
2. RM 190,000.00
3. RM 370,000.00
4. RM 110,000.00
5. RM 120,000.00
Pelbagai koleksi dan harga jam tangan mewah boleh dilihat di Instagram @rosmahmansor_jamtangan
Salah seorang Netizen mempersoalkan Netizen yang bersimpati dengan Rosmah, memandangkan seutas jam tangan isteri bekas Perdana Menteri itu lebih mahal dari rumah mereka.
Yang still backup dan kesian Najib tu
1 Jam tangan Rosmah lagi mahal dari rumah kau
Duit mana dia beli tu ? Duit rakyat lah bodo takkan duit menabung pulak
Orang kata biar miskin wang jangan miskin melindungi ketua yang zalim pic.twitter.com/ojo4xIyHkG
— Alffm (@alffm_) May 18, 2018
Khabarnya pemilik akaun Instagram itu mempunyai pasukan yang membuat siasatan berapakah nilai sebenar jam-jam tangan mewah yang dipakai Rosmah di program atau majlis yang dihadirinya.
Malam tadi, polis telah merampas wang tunai, beg tangan dan barang kemas yang berkaitan penyelewengan 1MDB dari salah satu unit kondo milik seorang Tan Sri yang tidak dinamakan, dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Siasatan kes masih dijalankan. – amazingnara.com