March 13th, 2018

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini pernah meluahkan rasa kecil hatinya apabila Izreen Azminda membiarkan dirinya menerima kecaman Netizen berhubung perkahwinan Izreen secara rahsia sebagai isteri kedua dengan pemuzik Ude Wahid. Ia menjadi lebih serius apabila baru-baru ini Ude Wahid menguruskan perceraian dengan isteri pertama di mahkamah setelah memfailkan perceraian pada 30 November 2017.

Sehubungan itu, Izreen telah membuat kenyataan meminta peminat dan pembencinya berhenti mengganggu Rita yang tidak kena mengena dengan urusan perkahwinannya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Namun begitu, satu akaun kelab peminat Izreen telah membuat nota di IG Story seperti berikut:

Ia dipercayai satu kenyataan berbentuk sinis terhadap Rita Rudaini, bagaimanapun fu Rita bagaimanapun telah membuat kenyataan balas di Instagram.

Klau hati xberapa nak elok…mcm tu lah…? dah perli pastu off komen ? mcm lempar taik sembunyi tgn…sama jer..patut dr mula bukn smlm,slps sis naik hantu! Tu pon di suruh ke caner tu…?lain kali jgn bg sis BERSUARA! Don’t try me ? hidup ni mmg kena biar org buat sesuka hati ke caner? ? bila bersuara,ckp mulut lantang..bila diam pijak kepala..

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Setelah Rita membuat kenyataan ini, Instagram @izreenazmindafc telah memadam Instagram Story tersebut.

Kenyataan yang dibuat Rita telah mendapat sokongan peminatnya yang menganggap Instagram Story kelab peminat itu sengaja ‘mencari pasal’. Ada juga yang menuduh Instagram itu dikendalikan sendiri oleh Izreen.

Mungkin sukar menjadi seorang Izreen Azminda sekarang, diharap dia bertabah, tetapi ini mungkin juga ini natijah yang harus diterima hasil keputusan sendiri. Izreen setakat ini masih belum mengaktifkan akaun Instagram peribadinya.  – beautifulnara.com


95 responses to “Instagram Kelab Peminat Izreen Azminda Perli Rita Rudaini?”

  1. Kementerian Komunikasi & Multimedia, sila minta semua saluran TV batalkan tayangan drama dan telefilem serta filem (jika ada) lakonan si perampas ini macam “Geng Tadarus” agar yang bencikan c Izreen ini lega.

  2. Anonymous says:

    BODOH…akhirnya wanita jd mangsa!

  3. AMIRUL says:

    PLAYSAVE? KAHKAH.PEMINAT PON SAMA BODO, SAVE DGN SAFE PON TAK BOLEH BEZA. KAHKAH

Loading...