Instagram Kelab Peminat Izreen Azminda Perli Rita Rudaini?

Hiburan

Instagram Kelab Peminat Izreen Azminda Perli Rita Rudaini?

Sebelum ini, pelakon Rita Rudaini pernah meluahkan rasa kecil hatinya apabila Izreen Azminda membiarkan dirinya menerima kecaman Netizen berhubung perkahwinan Izreen secara rahsia sebagai isteri kedua dengan pemuzik Ude Wahid. Ia menjadi lebih serius apabila baru-baru ini Ude Wahid menguruskan perceraian dengan isteri pertama di mahkamah setelah memfailkan perceraian pada 30 November 2017.

Sehubungan itu, Izreen telah membuat kenyataan meminta peminat dan pembencinya berhenti mengganggu Rita yang tidak kena mengena dengan urusan perkahwinannya.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Namun begitu, satu akaun kelab peminat Izreen telah membuat nota di IG Story seperti berikut:

Ia dipercayai satu kenyataan berbentuk sinis terhadap Rita Rudaini, bagaimanapun fu Rita bagaimanapun telah membuat kenyataan balas di Instagram.


Setelah Rita membuat kenyataan ini, Instagram @izreenazmindafc telah memadam Instagram Story tersebut.

Kenyataan yang dibuat Rita telah mendapat sokongan peminatnya yang menganggap Instagram Story kelab peminat itu sengaja ‘mencari pasal’. Ada juga yang menuduh Instagram itu dikendalikan sendiri oleh Izreen.

Mungkin sukar menjadi seorang Izreen Azminda sekarang, diharap dia bertabah, tetapi ini mungkin juga ini natijah yang harus diterima hasil keputusan sendiri. Izreen setakat ini masih belum mengaktifkan akaun Instagram peribadinya.  – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...