Instagram Farid Kamil “Diserang” Netizen

Hiburan

Instagram Farid Kamil “Diserang” Netizen

Berita penahanan Datuk Farid Kamil tengah hari semalam mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Lebih mengejutkan mereka, Farid disahkan positif ganja.

Advertisement

Rata-rata pengikut Instagram Farid mempersoalkan tindakan beliau dan masih tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya sehingga beliau boleh bertindak agresif.

Walaupun ramai yang mengecam bagaimana seorang berpangkat Datuk dengan sewenang-wenangnya mencederakan anggota polis dan orang awam, masih ada lagi segelintir peminatnya bersimpati dengan nasib Farid dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Dalam erti kata lain, mereka tidak percaya Farid berkelakuan begitu tanpa sebarang sebab.

Dalam pada itu, isteri Farid iaitu Datin Diana Danielle nampaknya sudah menutup ruangan komen beliau di Instagram.

Terdahulu, Diana memberitahu beliau terkejut dengan berita suaminya ditahan polis dan meminta agar orang ramai memberikan ruang kepada mereka untuk menyelesaikan isu tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.