October 5th, 2016

Instagram bukan sahaja menjadi medium untuk artis berkongsi kehidupan seharian mereka dengan peminat, malah ia merupakan sumber rezeki buat mereka apabila wujudnya “ IG Review”. Mereka mampu menjana ribuaan ringgit apabila ada pihak yang mahu beriklan di Instagram mereka asalkan mereka mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Namun, pelawak Nabil Ahmad berputih mata apabila ada kontrak yang dibatalkan selepas akaun Instagram beliau digodam baru-baru ini.

Selepas mendapat tahu Instagram saya digodam, pelanggan tidak merungut atau membuat sebarang aduan sebaliknya mereka terus membatalkan perjanjian. Bukan apa, perkara itu memang dinyatakan dalam kontrak.

Bukan itu saja, beberapa urusan perniagaan membabitkan ulasan di Instagram juga tidak diteruskan. Ini kerana jumlah pengikut di akaun baru saya tidak cukup kuat.

Malah,  Nabil juga terlepas beberapa projek penting yang melibatkan tawaran untuk menjadi duta.

Kebanyakan syarikat sekarang yang ingin menggunakan khidmat artis sebagai duta atau jurucakap mengutamakan jumlah pengikut di Instagram, malah perkara itu yang ditanya terlebih dahulu. Sekarang saya terlepas beberapa projek apabila mereka mendapat tahu jumlah pengikut Instagram saya masih sedikit.

Nabil kini dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun Instagramnya. Buat masa ini, Nabil sudah membuka satu akaun Instagram baru atas nama @ziranabil.

Sejak kebelakangan ini, ramai artis kita berputih mata apabila Instagram mereka digodam. Apa-apa pun, rezeki itu ada dimana-mana bukan?

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...