April 29th, 2014

Laman sosial sekiranya tidak dikawal dengan rapi sememangnya boleh menjadi punca pergaduhan antara suami isteri. Itu yang Abang Nara jarang update status di Facebook, Twitter atau berkongsi gambar di Instagram. Kalau kongsi gambar pun, sekadar gambar anak sahaja. Kalau tak kena cara dan terpengaruh dengan komen para pengikut di akaun sosial, memang boleh berperang laki bini. Agaknya itulah yang terjadi sehingga berlaku penceraian antara Fiza dan Adam.

fiza dan adam

Oleh kerana Fiza dan Adam tidak memuat naik gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing, para pengikut mereka di situ mula mempersoalkan mengenai kebahagiaan rumah tangga mereka. Akibatnya, Fiza dan Adam bergaduh kerana perkara tersebut. Kata Fiza kepada Mstar Online:-

Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan. Apabila perkara itu dipersoalkan sehingga mencetuskan spekulasi diantara pengikut-pengikut Instagram, maka perkara itu turut menjadi bualan antara kami sehingga mencetuskan pergaduhan.

Saya bertindak membuang gambar-gambar kami di laman sosial itu juga kerana terlalu banyak spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah. Bagaimanapun, itu antara sebahagian punca (perceraian). Mengenai perkara lain, saya tidak boleh ulas. Cuma apa yang saya anggap, tiada jodoh di antara kami

Walaupun ada desas-desus kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Fiza menafikan perkara tersebut. Tambah Fiza lagi:-

Jujurnya gosip-gosip yang tersebar membuatkan kami tertekan. Tambahan pula, ayah saya sedang sakit tenat ketika itu dan kini baru saja selesai menjalani pembedahan pintasan di IJN. Macam-macam spekulasi yang timbul dan apabila ada pihak mengatakan saya minta cerai kerana Adam tidak ada duit, itu mengarut. Isu itu timbul apabila ada masalah bayaran antara saya dan hospital. Sedangkan ketika itu, Adam turut membantu menghulurkan wang agar ayah saya dapat menjalani pembedahan dengan segera

fiza dan adam

Sesungguhnya perbincangan dari hati ke hati harus dilakukan sekiranya berlaku pergaduhan antara suami isteri. Elakkan meluah perasaan di akaun media sosial. Buat apa berkahwin kalau tak boleh bincang masalah. Bila kita luahkan di akaun media sosial, para pengikut “bakar line” dan buat kita ragu-ragu dengan pasangan masing-masing. Media sosial boleh digunakan, namun haruslah berpada-pada. Jangan sampai dalam “real life” tiada komunikasi. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: VW Jetta CKD dilancarkan pada harga RM130,888


Comments are closed.

Loading...