Baru-baru ini tular video seorang instafamous dilihat seakan mempersendakan alasan diberikan untuk merentas negeri serta membabitkan anggota polis dengan berpakaian seragam. Korang kenal tak siapa dia?
Apa ke bangang hafizmahamad buat content “ Alasan Rentas Negeri “ itu semua alasan bodoh instafamous mcm kau yang buat , dlm video tak pakai mask tak kena saman pulak ek ? pic.twitter.com/KbjFgoPdsL
— ? (@4rshrf) May 2, 2021
Walaubagaimanapun, instafamous tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka dalam video berkenaan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata kompaun tersebut dikeluarkan selepas instafamous itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya semalam.
Video itu turut membabitkan kenderaan polis jenis Proton Preve serta kenderaan persendirian jenis Honda City milik lelaki tempatan dan anggota yang terbabit dalam adegan lakonan itu berpakaian penuh seragam.
Dua anggota polis dan seorang anggota tentera dalam video berkenaan dikatakan sedang bertugas. Tiada apa-apa bayaran ataupun sagu hati diterima dan pihak polis tidak pernah membenarkan video itu dirakam ataupun dikeluarkan.