Inspirasi Ikon Negara Sheila Majid, Mamee Lancar Mee Goreng Rendang ‘Legenda’

Branded

Inspirasi Ikon Negara Sheila Majid, Mamee Lancar Mee Goreng Rendang ‘Legenda’

Antara hidangan tradisional yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia adalah rendang. Biarpun rendang dihidang semasa hari perayaan bangsa Melayu iaitu Hari Raya Aidilfitri, tetapi hidangan ini juga merupakan hidangan etnik rakyat berbilang kaum.

Oleh kerana itu, Mamee Chef telah memudahkan anda untuk menikmati rasa asli dan legenda rendang pada bila-bila masa diperlukan dalam bungkusan pek baharu Mi Goreng Rendang Legenda.

Mamee Mi Goreng Rendang Legenda

Lebih menarik, Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda ini juga diinspirasikan oleh lagu ikonik, Dato’ Sheila Majid berjudul Legenda untuk mengambarkan rasanya yang asli serta autentik. Bukan saja dapat menikmati rasa rendang, malah Mamee Chef Mi Goreng Rendang juga dilengkapi dengan Kruk Kruk (bawang goreng) dan hirisan cili dalam setiap pek.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Mamee-Double Decker Sdn Bhd iaitu How Yuan Yi, beliau sememangnya teruja dengan perisa unik Rendang Legenda kerana sedar di pasaran hanya terhad kepada perisa berasaskan kicap atau perisa yang amat pedas saja. Namun, dengan keupayaan R&D Mamee digabungi cita rasa rakyat Malaysia, mereka dapat hasilkan cita rasa tempatan yang disukai ramai.

Mamee Mi Goreng Rendang Legenda

Sebagai jenama Malaysia yang dibuat untuk warga Malaysia, kami berbangga untuk menyatukan orang ramai melalui pembangunan produk makanan yang menarik secara berterusan!

Sebagai duta jenama Mamee Chef, Dato’ Sheila Majid serta anak perempuannya yang juga merupakan penyanyi hip-hop iaitu Kayda Aziz telah menerbitkan sebuah lagu baharu dan muzik video Kenikmatan Legenda dapat ditonton di platform YouTube.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang informasi terkini Mamee Chef Mi Goreng Rendang Legenda, sila ikuti Mamee Noodles Malaysia di Facebook.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...