Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Inspirasi Daripada Tembikar Baba & Nyonya, Busana AJL Ernie Zakri Direka Khas Untuk Arwah Nenek

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35, Ernie Zakri mendedahkan bahawa busana yang digayakannya pada malam itu direka khas sebagai tanda penghormatan kepada allayarhamah neneknya, Rokayah Abdullah.

Ernie ZakriSumber : Instagram Ernie Zakri  

Jelas Ernie, dia menyerahkan urusan rekaan pakaian tersebut sepenuhnya kepada pereka fesyen Amaze untuk dipakai ketika menyampaikan lagu Gundah di malam final AJL35 tersebut.

Advertisement

Jika ada yang tidak tahu, Gundah merupakan lagu yang mengisahkan mengenai percintaan datuk dan nenek Ernie pada suatu ketika dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by @erniezakri

“Ya baju ini saya ‘pay homage’ to Allahyarhamah Rokayah Binti Abdullah, nenek saya. Berasal dari Melaka, gemar memakai kebaya, bercinta dengan atok awal tahun 50-an. Tentu ada sebab dan kisah di sebalik baju-baju yang saya peragakan.”

Menurut pereka fesyen Amaze,gaun berona hitam kilat itu diinspirasikan daripada budaya Peranakan ataupun dengan lebih tepat lagi dari reka bentuk tembikar kaum Baba dan Nyonya.

“Arwah nenda Ernie berketurunan Peranakan. Pada asalnya kami bermula dengan rona merah cili, cuma pada saat-saat akhir kami menukarkan kepada hitam rona monokromatik, agar mood berkabung itu lebih bangkit.

Sementelah memenangi trofi vokal terbaik, media sosial Ernie nampaknya telah dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis serta berbangga dengan persembahannya pada malam itu.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Advertisement

“Persembahan yang mantap dan menyentuh hati. Salute you kak.” ujar seorang pengguna media sosial.

Beautifulnara juga tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaan Ernie!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top