Inspirasi Busana Daripada Bintang Hollywood Seperti Jennifer Lopez – Zila Bakarin

Hiburan

Inspirasi Busana Daripada Bintang Hollywood Seperti Jennifer Lopez – Zila Bakarin

Wow. Patutlah busana yang dikenakan oleh Zila Bakarin di ABPBH2013 sangat mengancam dan memukau mata orang ramai. Rupanya inspirasi di sebalik busana terbelah itu adalah daripada bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez. Memang badan Jennifer Lopez dan Zila Bakarin saling tak tumpah potongannya. Silap haribulan kalau letak sebelah menyebelah boleh keliru dibuatnya.

zila bakarin

Advertisement

Untuk makluman, busana Zila Bakarin di ABPBH2013 adalah rekaan Syafiq Aiman. Zila amat berpuas hati dengan rekaan busananya. Kata Zila Bakarin menerusi Harian Metro:-

Saya sebenarnya berpuas hati dengan rekaan itu dan ia memang menepati cita rasa saya dan majlis yang dihadiri. Saya juga berbincang dengan Syafiq Aiman dari segi rekaan dan potongannya, sekali gus inspirasi daripada busana yang pernah digayakan bintang Hollywood seperti Jennifer Lopez di acara permaidani merah. Saya juga yang meminta pereka itu supaya buat belahan yang menampakkan paha itu supaya senang untuk berjalan ke pentas.

Pada mulanya saya takut untuk meletakkan gambar busana yang dipakai pada malam kemuncak itu di Instagram. Namun ternyata pengikut saya sangat “sporting” dan menyokong penampilan saya itu kerana ia nampak cantik dan sesuai dengan imej saya. Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi saya sangat menjaga hati 50,000 penyokong dan peminat saya di Instagram yang sentiasa menyokong karier saya sejak dulu.

Apabila busana itu siap saya juga menggayakan depan suami dan anggota keluarga lain pada sesi “fitting”. Suami pula beri kebebasan kepada saya untuk menggayakan busana berkenaan kerana ia tidak nampak keterlaluan. Pada mulanya busana itu lebih seksi dan terbelah sehingga ke perut tetapi saya meminta pereka baju untuk ubah suai semula kerana adik saya beritahu ia terlalu menjolok mata.

zila bakarin

Ala rugi pula tak dapat tengok busana yang terbelah sehingga ke perut itu. Kalau Zila Bakarin menggayakan yang itu, pasti lebih meletup dan menjadi tumpuan ramai. Entah-entah Jennifer Lopez pun akan tiru gaya Zila selepas itu. Diharap untuk majlis anugerah yang seterusnya kelak, Zila bolehlah cuba mencari inspirasi daripada artis Hollywood seperti Emma Watson, Miranda Kerr dan Jennifer Lawrence. Pasti lebih kebabom punya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...