Inspektor Polis Yang Didakwa Rogol Dan Culik Wanita Mongolia Semasa PKP Digantung Tugas

Trending

Inspektor Polis Yang Didakwa Rogol Dan Culik Wanita Mongolia Semasa PKP Digantung Tugas

Pegawai polis berpangkat Inspektor yang ditahan kerana didakwa telah memperkosa dua wanita Mongolia di Petaling Jaya baru-baru ini, dilaporkan telah digantung tugas sehingga siasatan kes tersebut selesai.

Difahamkan, surat penggantungan tersebut telah diserahkan kepada pegawai polis itu pada Rabu minggu ini.

Advertisement

Baca: Polis Berpangkat Inspektor Ditahan Kerana Culik Dan Rogol Dua Wanita Semasa Sekatan PKP

Berdasarkan laporan lepas, suspek yang telah berjaya ditangkap berdasarkan risikan polis di tempat yang berasingan dengan kedua-dua mangsa. Namun, pegawai polis tersebut telah dibebaskan melalui ikat jamin.

Gambar hiasan

Setakat ini, pihak polis telah menyiapkan segala dokumen siasatan untuk diserahkan ke Bukit Aman. Namun, masih ada beberapa tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan sebelum menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya dalam menyelesai isu ini.

Bagaimanapun, terdapat persoalan yang telah dikeluarkan mengenai perkara ini, memandangkan kedua-dua wanita Mongolia tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Namun, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei, dalam satu kenyataan, mengatakan bahawa mereka seharusnya dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dan siasatan yang adil perlu dilaksanakan memandangkan pegawai polis itu juga boleh dibebaskan dengan jaminan.

Kedua-dua wanita warga asing yang didakwa telah dirogol itu telah diletakkan ditempat yang selamat iaitu di bawah Perintah Perlindungan Interim (IPO).

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...