Polis menahan seorang pegawai polis berpangkat inspektor selepas disyaki terlibat dengan kes rogol serta meminta suapan serta habuan seks.
Menurut Berita Harian, pegawai itu dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan berusia 29 tahun serta masih bujang.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pegawai tersebut ditahan selepas pihaknya mendapat dua laporan berasingan pada 3 dan 4 Julai termasuk satu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Siasatan awal mendapati pegawai berkenaan menggunakan pengaruhnya sebagai pegawai penyiasat untuk mendapatkan perkhidmatan seksual daripada individu berkaitan siasatan.
Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan selepas ini akan diserahkan kepada SPRM untuk siasatan pihak terbabit.
Tambahnya, polis kini sedang menyiasat kes ini bersama dengan SPRM dan disiasat di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan.
Hanyan juga berkata, siasatan tertumpu kepada dua kemungkinan sama ada pegawai itu menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai penyiasat untuk memaksa mangsa, atau adakah berlaku hubungan seksual yang tidak mendapat kerelaan.
Kita syak pegawai berkenaan mungkin guna kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan habuan seks daripada mangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.