Seorang Inspektor polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu baru-baru ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM23,000.
Memetik laporan Buletin TV3, Khairul Faiz Mohamad Zaini, 37, yang menghadapi tuduhan tersebut, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Azhar Othman.

gambar hiasan
Untuk pertuduhan pertama, Khairul didakwa menerima RM15,000 daripada Mohamad Adam A. Rahman melalui pindahan wang ke akaun pihak ketiga yang kemudian dipindahkan ke akaun Maybank milik isterinya.
Terima wang sebagai balasan
Rasuah itu diterima sebagai balasan untuk melepaskan tiga individu yang ditahan serta untuk membuang dadah jenis syabu dalam satu serbuan. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan pada 26 Februari 2021 sekitar jam 2 pagi di Pejabat Siasatan Jenayah Narkotik IPK Terengganu.
Untuk pertuduhan kedua, Khairul didakwa menerima RM8,000 lagi daripada individu yang sama, juga dipindahkan ke akaun isterinya, bagi tujuan yang sama, pada masa dan tarikh yang serupa.
Tertuduh dibenarkan ikat jamin

gambar hiasan
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 untuk kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin. Selain itu, Khairul diminta untuk melaporkan diri di pejabat SPRM Kedah sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rabiatul Addawiyah Mohd. Noorlee, sementara tertuduh tidak diwakili oleh peguam.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.