Insiden Tidak Senonoh Terhadap Poster Iklan, Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita.

Trending

Insiden Tidak Senonoh Terhadap Poster Iklan, Shell Tarik Balik Semua Poster Model Wanita.

Shell telah membuat keputusan menarik balik kesemua papan poster wanita yang mempromosikan bahan api itu di seluruh negara berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Keputusan diambil oleh syarikat minyak terbabit selepas beberapa foto viral memaparkan beberapa lelaki bertindak tidak senonoh terhadap poster berkenaan baru-baru ini.

Pihak Shell dalam satu kenyataan berkata, ia tidak akan membiarkan tindakan kurang sopan itu yang jelas bertentangan dengan nilai teras syarikat itu dan budaya rakyat Malaysia.

“Kami menggesa semua orang ramai dan netizen supaya tidak lagi berkongsi lagi imej-imej ini. Papan poster ini akan ditarik balik dari semua stesen minyak kami berkuat kuasa serta-merta,”lapor mStar Online.

Sebelum ini, lelaki yang mengaku sebagai salah seorang yang berkelakuan tidak senonoh terhadap model wanita itu memuat naik permintaan maaf di Facebook.

“Kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali pun… saya memohon ampun dan maaf atas kesilapan yang saya buat dan saya sedar yang saya salah kerana bersikap tidak elok pada patung #gadisShell tersebut.

“Kepada keluarga #gadisShell, saya memohon ampun maaf zahir dan batin pada bulan yang mulia ini,” katanya.

Model pada poster berkenaan, Nor Shafila Khairusalleh, 25, menyetakan kekesalan dengan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar.

Bagaimanapun, dia tidak akan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang ‘mencabul’ poster gambarnya, sebaliknya memaafkan mereka.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...