Insiden Tembakan Masjid Christchurch: 40 Sah Terbunuh, 20 Parah- Perdana Menteri New Zealand

Trending

Insiden Tembakan Masjid Christchurch: 40 Sah Terbunuh, 20 Parah- Perdana Menteri New Zealand

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan 40 orang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang oleh seorang lelaki kulit putih di dua masjid di New Zealand.

10 orang dari mereka terbunuh di Masjid Linwood manakala 30 orang lagi terbunuh di Masjid Dean Ave di Christchurch. 48 orang cedera, 20 orang dari mereka parah dan sedang dirawat di Hospital Christchurch. Dia menerangkan bahawa kejadian itu ialah perbuatan pengganas.

Advertisement


Setakat ini, tiga orang lelaki dan seorang wanita telah ditahan berhubung serangan itu. Polis berkata mungkin lebih lagi terlibat dalam serangan tersebut.

Tahap ancaman keselamatan negara telah dinaikkan daripada rendah kepada tahap tinggi.

Komisioner Polis, Mike Bush berkata, beberapa jenis bahan letupan dipasang pada beberapa kenderaan telah dihentikan oleh polis dan telah dimatikan oleh Pasukan Pertahanan New Zealand.

Saksi menerangkan mengenai seorang lelaki yang memakai topi keledar dan jaket stail ketenteraan yang melepaskan tembakan rambang menggunakan senjata automatik.

Semua sekolah, hospital dan bangunan majlis perbandaran Christchurch telah ditutup. Bagaimanapun sekolah kini dibuka semula.

Kesemua masjid di seluruh negara ditutup sehingga notis seterusnya dikeluarkan.

Perlawanan kriket antara Bangladesh dan New Zealand, yang dijadualkan berlangsung di Christchurch esok, telah dibatalkan. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...