Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump diiring keluar oleh ejen Perkhidmatan Rahsia untuk meninggalkan sesi taklimat mengenai COVID-19 yang sedang berlangsung.
Ia berlaku berikutan insiden tembakan di luar Rumah Putih pada Isnin lalu.
“Ada kejadian tembakan dan seseorang telah dibawa ke hospital. Saya tidak tahu keadaannya.”

Seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu CNN kejadian berlaku di luar perkarangan Rumah Putih berhampiran dengan Dataran Lafayette dan suspek telah pun ditahan pihak berkuasa.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.