Melalui laporan Malaysia Gazette, pihak Jawatankuasa Siasatan Letupan Paip Gas Putra Heights memaklumkan insiden melibatkan Taman Putra Harmoni dan Kampung Kuala Sungai Baru yang berlaku pada 1 April itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
Berlaku mendapan tanah sejak 25 tahun lalu
Kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, insiden berkenaan berlaku susulan mendapan tanah sebanyak 24.3 sentimeter dalam tempoh 25 tahun lalu.
Siasatan yang dijalankan oleh pasukan teknikal mendapati sejak talian paip gas ini ditauliahkan pada 2000, telah berlaku mendapan tanah sebanyak 24.3cm dalam tempoh 25 tahun.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut menegaskan kejadian ini berlaku bukan kerana tindakan sabotaj, mahupun kecuaian mana-mana pihak.
Mendapan tanah punca pergerakan paip gas
Dalam pada itu, Amirudin berkata siasatan melibatkan integriti struktur paip, faktor luar serta geologi tapak tersebut antara DOSH, JMG, dan JKR mendapati, kesan mendapan tanah merupakan penyebab berlakunya pergerakan paip gas sebanyak 15.9cm.
JMG mendapati kawasan tanah tersebut tepu air dan mempunyai takungan air bawah tanah semulajadi yang menyebabkan tanah kawasan tersebut telah menjadi lembut.