Insiden Baju Iskandar Dilempar : Jorgensen Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Trending

Insiden Baju Iskandar Dilempar : Jorgensen Minta Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Bintang badminton dari Denmark, Jan. O Jorgensen telah tampil meminta maaf atas insiden melempar baju yang mempunyai jalur gemilang sebagaimana yang dilapor oleh beberapa portal.

Advertisement

Jorgensen membuat permohonan maaf terbuka itu di laman Facebooknya hari ini.

Saya meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terasa hati dengan insiden melempar baju Iskandar.

“Bukan niat saya untuk kurang ajar”, kata Jorgensen.

Di dalam posting FB itu, Jorgensen menafikan dia menyebut mengenai Datuk Lee Chong Wei kepada Iskandar tetapi menurut beliau, dia berkata demikian kepada jurulatihnya.

Saya ada menyebut LCW kepada jurulatih saya, bukan kepada Iskandar, saya amat menghormatinya,” kata Jorgensen.

Sebelum ini, rakaman Jorgensen membaling baju Iskandar yang mempunyai jalur gemilang itu telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia.

Sumber: FB Jorgensen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...