Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, meluahkan rasa simpati terhadap penyanyi Amad yang dipercayai rebah sebelum sempat menamatkan persembahan dalam program realiti Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) yang berlangsung malam Ahad lalu.
Memetik laporan mStar, Shuib berkata dia menerima panggilan kecemasan daripada bapa tiri Amad sewaktu siaran langsung masih berlangsung.
Amad Tumbang Sebelum Persembahan, Anak Liza Hanim Rangkul Gelaran Juara TTMM
“Sewaktu Auddra buat persembahan tiba-tiba Idan (panggilan bapa tiri Amad) hubungi saya ketika itu masih siaran langsung. Dia tanya fasal kawan saya yang Ustaz dan beritahu keadaan Amad tidak baik,” katanya.
Menurut Shuib, dia terkejut dengan panggilan tersebut dan segera memberitahu Saerah (pengurus Amad) yang ketika itu terus berasa cemas.
Tambah Shuib, selepas tamat persembahan, dia bersama Saerah bergegas ke belakang pentas dan mendapati keadaan Amad agak membimbangkan pada waktu itu. Namun, pasukan perubatan yang berada di lokasi memberikan rawatan segera dan mengesahkan keadaan kesihatannya stabil.
Bila habis persembahan saya dan Saerah pergi ke belakang pentas lihat keadaan dia, memang kesian. Kasut dan baju dia sudah dibuka untuk beri ruang bernafas.
Pasukan perubatan pun ada ketika itu dan bila diperiksa semuanya dalam keadaan baik saja.
Dalam masa sama, Shuib tidak menolak kemungkinan insiden itu berkait dengan gangguan mistik, memandangkan dia sendiri pernah melalui pengalaman serupa ketika arwah isterinya, Siti Sarah, bertanding dalam program Gegar Vaganza (GV) dahulu.
Tapi saya tidak terkejut sangat dengan tempat ini sebab saya pun ada peristiwa mendukung Siti Sarah di sini.
Saya harap Amad tidak putus asa, rezeki dia murah sebab orang buat dia macam itu mesti ada hikmah,” katanya lagi.
Shuib menzahirkan harapan agar Amad segera pulih dan terus bersemangat meneruskan perjuangan dalam dunia seni, sambil menegaskan bahawa setiap kejadian pasti hadir dengan hikmah tersendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.