“Inshallah Kami Akan..” – Status Isteri Yusof Haslam Raih Perhatian, Akan Bertemu Syamsul Yusof Tak Lama Lagi?

Hiburan

“Inshallah Kami Akan..” – Status Isteri Yusof Haslam Raih Perhatian, Akan Bertemu Syamsul Yusof Tak Lama Lagi?

Melalui Instagram Story ibu kepada pengarah hebat, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah, dilihat dia ada memuat naik satu hantaran mengenai keluarga yang menarik perhatian ramai.

Dalam hantaran yang dimuat naik, Patimah dilihat ada berkongsikan satu video yang memaparkan beberapa foto keluarganya ketika menyambut hari perayaan AidilFitri pada beberapa tahun lalu.

Advertisement

ig datin patimah

Hal yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen yang tertulis dalam hantaran tersebut seperti memberi gambaran bahawa keluarganya akan kembali bersatu seperti dahulu.

Biarpun tidak bercerita secara terperinci, tapi ramai yang membuat andaian sendiri bahawa keluarganya akan berjumpa semula dengan Syamsul Yusof tidak lama lagi.

Sekadar info, sejak Syamsul membuat keputusan mengahwini Ira Kazar pada Januari tahun lalu, dia difahamkan sudah tidak berhubung dengan keluarga dan Datin Patimah turut juga beberapa kali membuat status di Instagramnya seperti merindui pelakon itu.

Ibu syamsul yusof mengalir air mata
2 months ago

"Sejujurnya, Mengalir Air Mataku.." - Datin Patimah Sedih Kenang Syamsul Yusof Harung Takdir Seorang Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...