Nama pelakon dan usahawan, Fara Mendoza kembali menjadi sorotan netizen selepas berkongsi satu lagi video berkaitan rawatan kecantikan di Instagram miliknya.
Dalam video pendek yang dimuat naik menerusi Instagram Story, Fara atau nama sebenarnya Norfaralinah Md Yunus, 37, dilihat sedang menjalani rawatan waxing di sebuah pusat kecantikan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah bahagian tubuh yang dirawat dalam video itu , iaitu bahagian punggung.
Rawatan bulanan saya, tiada bulu + bersih + wangi! sumpah best! good servis.
Sementara itu, reaksi netizen di media sosial cukup bercampur. Ada yang berpendapat perkongsian seperti itu terlalu intim dan peribadi untuk dikongsi secara terbuka kepada umum.
Wow, story Fara Mendoza panas hari ini. Haritu laser bahagian Miss V, sekarang bontot pula.
Fara Mendoza review waxing dekat satu badan. Dah la body putih melepak, semua dia nak tunjuk.
Namun begitu, segelintir pengguna media sosial tampil mempertahankan tindakan Fara, mengatakan rawatan seperti itu adalah perkara biasa dalam industri kecantikan dan tidak menjadi masalah selagi dikongsi secara profesional.
Untuk info, ini bukanlah kali pertama Fara mencetuskan kontroversi. Sebelum ini, dia juga pernah memuat naik video rawatan Brazilian wax yang memperlihatkan sebahagian kawasan sensitif, sekaligus mengundang kecaman ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.