iNOA by L’Oréal Professionnel Letak Standard Baru Pewarna Rambut Profesional & Mewah Di Salun

Fesyen

iNOA by L’Oréal Professionnel Letak Standard Baru Pewarna Rambut Profesional & Mewah Di Salun

Inginkan pewarna rambut tanpa bahan ammonia dengan hasil yang mewah dan profesional? Segalanya boleh dengan iNOA by L’Oréal Professionnel.

Inovasi termaju dalam dunia penggayaan warna rambut ini menggabungkan kuasa minyak, teknologi yang diperibadikan serta pelbagai warna yang menakjubkan bagi memberikan pengguna pengalaman kepuasan mewarnakan rambut di salun mewah.

Advertisement

Lepas ni, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada bahan kimia yang kuat dan beralih kepada pewarna rambut yang lebih sihat, lebih bertenaga dan tahan lama.

iNOA by L’Oréal Professionnel Revolusi Dunia Penggayaan Rambut

iNOA

Diperkenalkan pada tahun 2009, iNOA telah menjadi rangkaian yang merevolusikan industri penggayaan rambut. Ia telah menjadi pewarna rambut profesional pertama tanpa ammonia yang dikuasakan oleh minyak.

Tiga tahun kemudian, iNOA by L’Oréal Professionnel mempertingkatkan lagi formula dengan mengeluarkan gel oleo, menjadikannya lebih mudah bagi penggaya rambut untuk mengaplikasikannya.

Kini, iNOA menampilkan teknologi Sistem Penghantaran Minyak (ODS) eksklusif yang dipatenkan, formula vegan 60% yang berasaskan minyak bagi memberikan warna berimpak tinggi serts menjadikan rambut tampil sihat dan bermaya.

Bukan itu saja, iNOA by L’Oréal Professionnel turut menawarkan pengalaman salun yang sangat lancar dan menenangkan buat penggaya dan pengguna.

iNOA

Penggaya rambut mendapati proses pemakaian dan pembilasan menjadi lebih mudah dan cepat. Ini berikutan kepekatan tinggi minyak ikonik iNOA, formula cecair dan tekstur tidak menitis.

Dengan 60 warna untuk dipilih, anda juga bebas untuk menghasilkan kombinasi warna yang pelbagai.

Untuk pengetahuan, iNOA by L’Oréal Professionnel telah mendapat pengiktirafan seluruh industri dan meraih pelbagai anugerah, termasuk WWD Japan’s Best Professional Hair Color 2022 dan Allure’s Best of Beauty.

Ia juga telah diuji dan dipersetujui oleh pengguna Asia sebagai pewarna rambut yang sesuai dengan rambut orang Asia.

iNOA by L’Oréal Professionnel Produk Penggayaan Rambut Mesra Wudhu

iNOA

Bagi pengguna muslim, anda boleh menarik nafas lega kerana iNOA diperakui mesra wudhu, menjadikannya pilihan terbaik untuk pelanggan Muslim. Tidak seperti pewarna rambut tradisional, iNOA tidak mewujudkan penghalang, membenarkan air memasuki kulit kepala dan liang rambut.

Malah buka itu saja, iNOA [iD] turut memperkenalkan perunding warna tambahan dalam salun pertama dengan percubaan maya yang dikuasakan oleh teknologi Modiface.

Penggaya rambut kini boleh khidmat nasihat kepada pelanggan mereka dengan cara yang baharu. Mereka boleh memberikan diagnosis warna profesional, mengesyorkan warna yang diperibadikan, dan juga pra tonton keputusan menggunakan percubaan maya.

Ia adalah pengalaman semua-dalam-satu yang menghidupkan warna rambut sebelum ia digunakan.

Pek pintar baru iNOA turut menampilkan pembungkusan mampan yang diperbuat daripada 95% aluminium kitar semula. Arahan yang tidak material dan kod QR yang memaparkan cara penyediakan tanpa kertas serta boleh mengakses lebih banyak maklumat. Ini dapat membantu mengurangkan pembaziran dan mempromosikan tanggungjawab terhadapa alam sekitar.

Rasai sendiri pengalaman bagaikan di salun mewah dengan iNOA di salun rambut L’Oréal Professionnel berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang L’Oréal Professionnel dan jadilah sebahagian daripada pergerakan #iNOA.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...