Inkues Zara Qairina: Tulisan Tangan Orang Lain Ditemui Dalam Buku Milik Arwah

Berita

Inkues Zara Qairina: Tulisan Tangan Orang Lain Ditemui Dalam Buku Milik Arwah

Melalui laporan Berita Harian, pemeriksa dokumen Jabatan Kimia Malaysia, Nurul Atiqah Mohd Noh telah menemui tulisan tangan orang lain dalam sebuah buku milik Allahyarham Zara Qairina yang diperiksa, sebelum ini.

Difahamkan, sewaktu Atiqah membacakan keterangan di Mahkamah Koroner, hari ini, dia berkata tulisan tangan terbabit ditemui dalam buku bertanda ‘W3’ di beberapa muka surat.

Advertisement

Zara Qairina

Tulisan tangan yang dipertikaikan pada ‘W3’ pada muka surat satu adalah campuran tulisan tangan penulis contoh (Zara Qairina) dan seorang yang lain.

Katanya lagi, buku bertanda W3 itu ialah sebuah buku ‘Diamonds’ yang beliau nomborkan dari muka surat satu hingga 103, di mana ia  bertarikh antara 16 November 2024 dan 24 Mei 2025 yag mengandungi tulisan tangan dipertikaikan atau dipercayai milik pelajar Tingkatan Satu itu.

Zara Qairina

 

Sementara itu, Atiqah berkata semua dokumen lain yang diperiksa hanya mengandungi tulisan arwah Zara berikutan pemeriksaan menunjukkan persamaan yang signifikan dengan contoh tulisan.

2025-09-08 10:44:36

Tindakan Tegas Diambil Terhadap Pihak Ganggu Proses & Ugut Saksi Inkues Zara Qairina - AGC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...