Inkues Zara Qairina: “Saya Tidak Lindungi Pembuli Atau Pembun*h Zara” – Ketua Warden

Berita

Inkues Zara Qairina: “Saya Tidak Lindungi Pembuli Atau Pembun*h Zara” – Ketua Warden

Saksi kelapan inkues Zara Qairina Mahathir iaitu Azhari Abd Sagap selaku Ketua Warden hari ini memberitahu Mahkamah Koroner seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha tidak pernah cuba menyembunyikan kebenaran di sebalik kematian pelajar terbabit.

Menurut Harian Metro, Azhari yang tidak dapat menahan sebak ketika diajukan soalan itu, menafikan tuduhan menyembunyikan kebenaran kematian Zara Qairina seperti dilemparkan pihak yang mengecam.

Advertisement

Ketika inkues, Azhari telah diminta untuk memberi maklum balas oleh Abdul Fikry Jaafar Abdullah, peguam yang mewakili empat tertuduh tentang kecaman yang diterima warden dan pengetua serta seluruh warga sekolah.

Kalau kami mahu melindungi pembuli atau pembunuh Zara, saya tidak akan ceritakan apa yang berlaku pada malam 15 Julai kepada pihak polis dan saya maklumkan perkara itu pada malam 16 Julai sebelum ibu Zara membuat laporan polis kali kedua, kalau itulah yang dianggap kami cuba menutup kes.

inkues Zara Qairina

Dalam nada sedih, Azhari juga berkata dia sendiri yang berurusan dengan polis dan membawa individu yang perlu memberi keterangan, termasuk menyerahkan audio Kak M dan maklumkan kepada polis identiti Kak M.

Saya tegaskan di sini Kak M itu bukan (nama pelajar), kenapa dia yang dikecam? Kenapa wajahnya diviralkan? Dia (nama pelajar) budak yang baik, hampir setiap tahun dia pelajar hafazan saya setiap tahun. Tahun lepas saya buat program Halaqah Huffaz bagi mengisi program selepas UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik).

“Saya buat program Halaqah Huffaz dan dialah antara tiga pelajar terawal selesaikan hafazan dia dan saya (saksi menangis), bagi saya tuduhan terhadap dia kejam hanya kerana dia pertama jumpa Zara di sana, tapi ini yang dia dapat,” katanya.

ibu Zara Qairina tolak bedah siasat
2025-09-17 14:33:52

Inkues: Ibu Zara Qairina Tolak Bedah Siasat Walaupun Telah Dijelaskan 2 Kali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...