Inkues Zara Qairina: Salah Seorang Tertuduh Pindah Sekolah Beberapa Minggu Selepas Insiden

Berita

Inkues Zara Qairina: Salah Seorang Tertuduh Pindah Sekolah Beberapa Minggu Selepas Insiden

Ketua Warden, Azhari Abd Sagap hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa salah seorang pelajar yang dituduh di dalam kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir sudah berpindah sekolah.

Perkara itu dimaklumkan olehnya selepas ditanya oleh peguam mewakili ibu arwah, Shahlan Jufri pada prosiding inkues kematian arwah Zara Qairina di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Advertisement

Azhari mengiyakan perpindahan pelajar terbabit yang dinamakan sebagai ‘A’ namun mengakui tidak tahu punca atau alasan pelajar berkenaan berpindah daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Tambahnya, keputusan perpindahan pelajar berkenaan bukan bidang tugasnya meskipun Kementerian Pendidikan (KPM) difahamkan membekukan perpindahan pelajar, lapor Astro Awani.

SMKA Tun Datu Mustapha

Shahlan: Saya difahamkan pelajar A sudah pindah sekolah?
Azhari: Ya.
Shahlan: Jadi, pelajar yang masih sekolah di sana ialah B, C, D dan E?
Azhari: Ya, betul.
Shahlan: Saya difahamkan selepas kejadian Zara, KPM membekukan pemindahan pelajar ke sekolah lain. Bagaimana pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Itu bukan bidang tugas saya.
Shahlan: Cikgu tahu bila pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Tidak ingat, beberapa minggu selepas kejadian.
Shahlan: Mengikut kefahaman saya, untuk pindah sekolah kita mesti sertakan alasan untuk pindah, adakah kamu tahu apa alasan pelajar A pindah sekolah?
Azhari: Saya tidak tahu.
Shahlan: Adakah cikgu tahu bagaimana proses pindah sekolah ke sekolah lain?
Azhari: Ada isi borang tiga untuk mohon pindah sekolah.
Shahlan: Selalunya ambil masa berapa lama?
Azhari: Selesai semua dokumen boleh proceed (teruskan).
Shahlan: Berapa lama permohonan itu diluluskan?
Azhari: Itu saya tidak tahu, bukan bidang tugas saya.

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Seorang tertuduh pindah bilik asrama

Saksi kelapan inkues itu juga turut ditanya tentang tindakan pihak sekolah terhadap empat lagi pelajar yang dituduh itu selepas apa yang berlaku pada 15 Julai.

Perkara itu merujuk kepada perjumpaan pelajar terbabit bersama arwah Zara Qairina dan pelajar lain berkaitan tuduhan mencuri terhadap arwah.

Kata Azhari, sekolah hanya mengambil keterangan kepada mereka berempat dan memberikan sesi kaunseling selain turut memaklumkan mereka masih tinggal di asrama sekolah selepas insiden tersebut.

Bagaimanapun, pelajar E yang juga ketua bilik tidak lagi menginap di bilik yang sama selepas kejadian itu kerana trauma.

Bagaimanapun, pelajar B, C dan D masih menginap di bilik yang sama.

2025-09-18 15:34:58

Inkues Zara Qairina: "Saya Tidak Lindungi Pembuli Atau Pembun*h Zara" - Ketua Warden

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...