Inkues Zara Qairina: Saksi Kanak-Kanak Sahkan Arwah Dipanggil Senior & Menangis

Berita

Inkues Zara Qairina: Saksi Kanak-Kanak Sahkan Arwah Dipanggil Senior & Menangis

Perkembangan terbaru dalam inkues kematian tragis remaja perempuan, Zara Qairina Mahathir, 13, makin mendapat perhatian ramai apabila peguam keluarga mengesahkan kehadiran beberapa pakar tulisan tangan ke Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini

Pakar tulisan tangan bebas selesaikan jalankan analisis

Melalui laporan Harian Metro peguam, Shahlan Jufri memaklumkan pakar tulisan tangan bebas sudah pun selesai jalankan analisis ke atas beberapa bahan penting seperti buku nota, diari, dan dokumen peribadi milik arwah.

Advertisement

zara qairina

Seorang pakar dari Jabatan Kimia, Nurul Atiqah, memberitahu mahkamah bahawa tulisan tangan yang diragui pada 21 bahan bukti mirip tulisan Zara berdasarkan buku teks dan latihan miliknya.

Difahamkan, pengesahan tersebut penting bagi memastikan sebarang analisis psikologi terhadap tulisan arwah adalah berdasarkan dokumen yang sahih.

Saksi kanak-kanak dedah Zara menangis lepas jumpa senior

Dalam prosiding ke-12, seorang saksi kanak-kanak kedua tampil beri keterangan mengejutkan.

Zara Qairina

Menurut peguam Shahlan, pelajar itu memberitahu mahkamah bahawa Zara pernah dipanggil oleh pelajar senior dan dilihat menangis di asrama selepas kejadian tersebut.

Dijangkakan, pelajar tersebut akan menyambung keterangan pada hari ini.

ibu Zara Qairina menangis ketika bedah siasat
2025-09-19 18:06:08

Inkues Zara Qairina: "Ibu Arwah Luah 'Air Mata Saya Sudah Habis' Sepanjang Perjalanan Dari Sipitang Ke Hospital" - Ketua Warden

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...