Inkues Zara Qairina : “Dia Siap Buat Isyarat ‘Peace’ Lagi Dalam Gambar” – Warden Nafi Suspek Remaja ‘A’ Hadapi Trauma

Berita

Inkues Zara Qairina : “Dia Siap Buat Isyarat ‘Peace’ Lagi Dalam Gambar” – Warden Nafi Suspek Remaja ‘A’ Hadapi Trauma

Seorang daripada remaja yang dikaitkan dengan kes buli membabitkan arwah Zara Qairina Mahathir didakwa tidak menunjukkan sebarang tanda trauma ketika pulang ke asrama untuk memberi keterangan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, Papar, Azhari Abd. Sagap, 31, ketika memberi keterangan di hadapan Mahkamah Koroner, hari ini.

Advertisement

zara qairina

Menurut Azhari, penilaiannya dibuat berdasarkan gambar yang dirakam oleh pengawal keselamatan sekolah, Linah Mansoding @ Jahila, pada 22 Julai lalu. Linah turut dipanggil sebagai saksi keenam dalam prosiding inkues kematian pelajar tingkatan satu berusia 13 tahun itu, yang kini memasuki hari ke-10.

“Dia siap buat isyarat ‘peace’ lagi dalam gambar,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Joan Goh yang mewakili salah seorang remaja terbabit, dikenali sebagai Pelajar A, mempertikai hujah tersebut dengan menyoal sama ada sekadar melihat gambar memadai untuk menilai keadaan trauma seseorang. Azhari bagaimanapun tidak memberi jawapan.

Difahamkan, Pelajar A telah dikeluarkan daripada sekolah selepas kejadian tragis pada 18 Julai lalu dan sehingga kini belum berdaftar di mana-mana institusi pendidikan. Ibunya turut mengemukakan dua surat cuti sakit sebelum proses keluarnya daripada sekolah.

Zara qairina

Dalam keterangannya semalam, Azhari turut memaklumkan seorang lagi pelajar yang dikaitkan dengan kes buli berkenaan telah berpindah sekolah beberapa minggu selepas Zara ditemui tidak sedarkan diri, namun alasan perpindahan tidak diketahui.

Menjawab soalan lanjut, Azhari mengakui tidak meminta kebenaran ibu Pelajar A sebelum membawa remaja itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk memberi keterangan.

Setakat ini, lima remaja telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina. Prosiding inkues akan bersambung pada Isnin depan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibu Zara Qairina menangis ketika bedah siasat
2025-09-19 18:06:08

Inkues Zara Qairina: "Ibu Arwah Luah 'Air Mata Saya Sudah Habis' Sepanjang Perjalanan Dari Sipitang Ke Hospital" - Ketua Warden

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...