Pasukan peguam yang mewakili tertuduh dalam kes kematian remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina Mahathir berhasrat melindungi hak anak guam mereka sepanjang prosiding inkues berlangsung.
Menurut Datuk Ram Singh, prosiding inkues selama 17 hari yang bermula hari ini akan memanggil seramai 68 saksi, termasuk 35 remaja.
Mahkamah (Koroner) bersetuju kami menjadi pihak berkepentingan, bukan peguam pemerhati. (Jabatan) Peguam Negara akan mengetuai (soal siasat) mengenai isu fakta.
Ujar Ram Singh, pihaknya tidak sepatutnya menyoal namun pasukannya akan melihat prosiding tersebut dan boleh menambah tetapi tidak boleh menyoal balas.
Akan ada 68 saksi termasuk saksi kanak-kanak (remaja). Apabila tiba masanya, kanak-kanak ini mesti dilindungi, sebab itulah kami berada di sini.
Selain Ram Singh, lima remaja yang dituduh di dalam kes tersebut diwakili oleh barisan peguam Joan Goh, Prem Elmer Ganasan, Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Salleh dan Sylvester Kuan.
Hari ini, inkues Zara Qairina bermula di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dan Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner dengan pakar patologi menjadi saksi pertama.
Dr Jessie Hiu, seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja Tingkatan Satu itu di Hospital Queen Elizabeth pada 10 Ogos lepas.