Inkues: “Ya Allah Kenapa Aku Dibenci? Kalau Saya Terjun Dari Sini Adakah Masih Ada Orang Sayang Saya” – Zara Qairina

Berita

Inkues: “Ya Allah Kenapa Aku Dibenci? Kalau Saya Terjun Dari Sini Adakah Masih Ada Orang Sayang Saya” – Zara Qairina

Dua pelajar telah memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar Zara Qairina mengemukakan soalan-soalan hipotesis, itu kata peguam Azhier Farhan Arisin, yang mewakili salah seorang kanak-kanak yang dikaitkan dengan Allahyarham.

Menurut Harian Metro, arwah pernah menyuarakan hasrat untuk mencederakan dirinya sendiri. Dua saksi berkenaan menyatakan mereka telah diberitahu lebih daripada 10 perkara seperti,

Advertisement

Kalau saya terjun dari sini, adakah masih ada orang menyayangi saya…. atau apakah rasanya?

Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu

Tambahnya, meskipun Mahkamah Koroner belum mengesahkan catatan diari yang dikatakan milik Zara, namun saksi kedua menyatakan dia mengenali tulisan arwah dalam catatan yang ditunjukkan kepadanya.

Dalam catatan itu, penulis meluahkan perasaan seperti: ‘Ya Allah, kenapa aku dibenci?’ dan ‘Kenapa aku tidak disukai?  Apabila kami bertanya sama ada kandungan catatan itu pernah disuarakan oleh Zara kepada mereka, mereka menjawab ya.

Peguam itu juga memaklumkan bahawa saksi pertama menyatakan terdapat ketegangan yang berlaku di antara Zara dan ibunya dua hari sebelum remaja berusia 13 tahun tersebut ditemui tidak sedarkan diri di sekolahnya.

zara qairina

Dakwa saksi itu, dia bermalam di rumah Zara di Siitang dan kedua-dua mereka kemudian dihantar semula ke sekolah pada 13 Julai.

Mereka dihantar semula oleh ibu Zara. Menurut saksi, terdapat satu kejadian Zara dimarahi oleh ibunya. Sebab itulah, ketika bersalam dengan ibunya selepas tiba di sekolah, Zara kelihatan tidak ikhlas melakukannya.

Azhier berkata walaupun tiga saksi kanak-kanak sudah memberi keterangan, tiada sebarang kesimpulan harus dibuat berkenaan punca kematian Zara Qairina kerana ramai lagi saksi dijangka memberi keterangan.

zara qairina
2025-09-25 10:36:20

“Zara Menangis, Dikepung & Diejek” - Saksi Kanak-Kanak Dedah Detik Sebelum Arwah Ditemui Tidak Sedarkan Diri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...