Inkues: Saksi Nampak Pelajar Senior Masuk Bilik Zara Qairina, Dengar Jerit Perkataan ‘Sial’

Berita

Inkues: Saksi Nampak Pelajar Senior Masuk Bilik Zara Qairina, Dengar Jerit Perkataan ‘Sial’

Seorang saksi kanak-kanak memaklumkan Mahkamah Koroner kejadian di mana dia melihat empat pelajar senior memasuki bilik yang diduduki Allahyarham Zara Qairina pada malam 15 Julai.

Menurut saksi ke-15 inkues itu, arwah tiba di bilik berkenaan sekitar jam 10.20 malam dan seorang pelajar senior dilihat berbual dengan arwah sebelum empat pelajar lain masuk ke bilik tersebut.

Advertisement

Peguam yang mewakili saksi kanak-kanak, Joan Goh, berkata, Zara datang ke bilik dan meminta izin masuk. Dia juga nampak seorang pelajar senior bercakap dengan Zara dan mendengar sedikit.

Kemudian dia lihat empat senior masuk ke dalam bilik dengan seorang pelajar senior marah Zara kuat-kuat sambil berteriak, manakala seorang senior lagi hanya tegur Zara sahaja.

peguam tertuduh kes Zara Qairina

Joan berkata, saksi turut mendengar ungkapan kata-kata kesat dikeluarkan pelajar senior tersebut iaitu ‘sial’.

Saksi juga menjelaskan bahawa ketika arwah Zara ke bilik itu, rakan biliknya memeriksa almari dan terjumpa bendera milik pelajar senior dan membuatkan pelajar senior berkenaan marah pada malam tersebut.

Dalam pada itu, saksi juga berkata tidak pernah nampak Zara diganggu oleh mana-mana pelajar tetapi tidah tahu sama ada arwah pernah melakukan perbuatan yang melanggar peraturan asrama.

Zara Qairina meninggal akibat kecederaan teruk pada otak

Ketika memberikan keterangan, saksi tersebut mengakui mengenali arwah Zara namun tidak begitu rapat kerana mereka berlainan kelas.

Saksi menyifatkan Zara seorang yang ceria, tapi tidak tahu sama ada Zara pernah kena buli, kena dera atau kena pukul semasa berada di sekolah ataupun asrama.

lima remaja mengaku tidak bersalah buli zara qairina
2025-10-01 10:12:17

Inkues: "Bagaimana Kalau Saya Terjun Dari Tingkat 3? Kau Sedihkah" - Zara Qairina Bertanya Kepada Rakan Sebilik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...