Inkues: Kecederaan Di Kepala Zara Qairina Mungkin Disebabkan Objek Tumpul

Trending

Inkues: Kecederaan Di Kepala Zara Qairina Mungkin Disebabkan Objek Tumpul

Saksi keempat inkues Zara Qairina Mahathir, Dr Janefer Voo merupakan doktor pertama menerima pelajar Tingkatan Satu itu tidak menolak kemungkinan kecederaan yang ada di kepala remaja terbabit disebabkan oleh trauma akibat objek tumpul (blunt force trauma).

Menurut Kosmo, hal itu dimaklumkan doktor berkenaan di Mahkamah Koroner di sini hari ini ketika ditanya oleh peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina.

Advertisement

Peguam Rizwandean M. Borhan: Berdasarkan kecederaan`scalp vertex hematoma’ (pengumpulan darah) bolehkah kecederaan ni disebabkan oleh `blunt force trauma’ (kecederaan akibat hentakan objek tumpul)?

Dr. Voo: Kemungkinan ya.

justice for Zara Qairina

Dalam pada itu, Dr Voo juga sebelum ini memaklumkan remaja berkenaan tiba di ospital Queen Elizabeth (HQE) dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.

Pemeriksaan awal terhadap remaja itu mendapati tiada kesan lebam atau penderaan pada tubuh remaja terbabit ketika ditanya oleh Pegawai Pengendali Inkues, Datuk Badius Zaman Ahmad.

Rate of survival tidak pasti tetapi daripada pemeriksaan awal saya, pesakit dalam keadaan sangat kritikal dan tidak stabil.

Dr Voo juga ada menyenaraikan beberapa kecederaan yang dialami remaja terbabit yang kebanyakan adalah jenis `close fracture’ (patah dalaman tanpa sebarang luka pada kulit) dan juga ditemukan internal bleeding due to trauma (pendarahan dalaman).

Zara Qairina meninggal akibat kecederaan teruk pada otak
2025-09-09 15:21:34

Inkues Zara Qairina: Punca Kematian Akibat Kecederaan Otak Teruk - Saksi Keempat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...