Inkues: “Bagaimana Kalau Saya Terjun Dari Tingkat 3? Kau Sedihkah” – Zara Qairina Bertanya Kepada Rakan Sebilik

Berita

Inkues: “Bagaimana Kalau Saya Terjun Dari Tingkat 3? Kau Sedihkah” – Zara Qairina Bertanya Kepada Rakan Sebilik

Melalui laporan Berita Harian, seorang saksi berkaitan kes Allahyarham Zara Qairina telah memberitahu Mahkamah Koroner bahawa arwah pernah memberitahunya mengenai kemungkinan untuk terjun daripada tingkat tiga.

“Bagaimana kalau saya terjun dari tingkat 3?”

Menurut peguam Datuk Ram Singh, arwah Zara hanya mendiamkan diri sewaktu saksi bertanya kenapa dia berkata sedemikian.

Advertisement

Zara pernah berkata kepada saksi ‘bagaimana kalau saya terjun dari tingkat 3? Kau sedihkah’. Lepas itu saksi jawab ‘kenapa kamu cakap begitu? Tidak bagus’. Saksi berkata pada masa itu hanya mereka berdua berada di hadapan biliknya.

zara qairina

Difahamkan, sewaktu perbualan itu berlaku, saksi memberitahu Zara melihat ke bawah dari koridor asrama dalam keadaan murung dan ia berlaku sekitar April 2025.

Dalam pada itu, Ram berkata saksi tersebut tidak pasti sama arwah mempunyai masalah dengan pelajar lain di sekolah dan mengakui sama sekali tidak pernah ada konflik dengan Zara.

Saksi cerita arwah sentiasa tidur di atas lantai bilik

Saksi juga tidak pernah nampak sesiapa pelajar meraba atau melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap Zara di bilik asrama atau sekolah. Tapi, saksi tidak tahu berapa buku diari yang Zara ada dan saksi tidak pasti sama ada Zara menulis diari setiap hari.

Sebelum ini, Ram berkata saksi ke-16 itu mengenali Zara susulan berada di dalam bilik asrama yang sama sama dengan arwah tetapi hanya berkawan biasa.

Zara Qairina

Tambahannya lagi, saksi turut menceritakan perilaku arwah ketika di bilik asrama yang sentiasa tidur di atas permaidani sendiri di atas lantai bilik kerana malas memasang cadar.

Saksi berkenaan turut menjelaskan sebelum itu pelajar senior tidak pernah berjumpa dengan Zara Qairina dan setahu saksi, hanya sekali pada malam 15 Julai itu saja.

Zara tidak pernah mengadu mengenai gangguan ketika di asrama seperti buli, tekanan belajar dan keletihan.

inkues Zara Qairina
2025-09-26 08:25:21

Inkues: "Ya Allah Kenapa Aku Dibenci? Kalau Saya Terjun Dari Sini Adakah Masih Ada Orang Sayang Saya" - Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...