Inkues Adib: Kematian Diakibatkan Perbuatan Jenayah Lebih Dari Seorang Individu Tidak Dikenali

Trending

Inkues Adib: Kematian Diakibatkan Perbuatan Jenayah Lebih Dari Seorang Individu Tidak Dikenali

Selepas 41 hari prosiding perbicaraan dilakukan, Mahkamah Koroner kini mengumumkan keputusan inkues punca kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Dalam keputusannya Hakim Koroner, Rofiah Mohamad berkata kematian berpunca daripada tindakan jenayah oleh lebih dari seorang individu tidak dikenali.

Advertisement

Kecederaan lung chest trauma dialami Muhammad Adib disebabkan arwah telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasan (EMRS).

“Saya merumuskan bahawa kecederaan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri”

Muhammad Adib meninggal dunia pada 17 Disember lalu susulan rusuhan di luar Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, pada 27 Nov lalu. Seramai 30 saksi memberi keterangan dan 137 bukti dikemukakan kepada prosiding inkues yang bermula 11 Feb lalu di depan Koroner, Rofiah Mohamad dan disertai 12 peguam.

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...