Inisiatif Menarik Dari Burger King Bagi Memberi Kesedaran Tentang Buli Kepada Para Dewasa

Trending

Inisiatif Menarik Dari Burger King Bagi Memberi Kesedaran Tentang Buli Kepada Para Dewasa

Kes buli bukanlah satu benda baru bagi kita sekarang ini. Buli bukan sahaja berlaku pada para pelajar di peringkat sekolah, malah juga penjawat di pejabat tidak kira awam mahupun swasta. Buli bukan sahaja melibatkan secara fizikal malah juga mental.

Advertisement

Kesedaran bagi kes buli ini telah banyak membuka mata pihak-pihak tertentu bagi mengurangkan kadar kes yang berlaku. Bagi mereka yang tinggal di luar negara, kes buli ini dianggap sangat serius kerana terdapat mangsa buli yang sanggup membunuh diri kerana tidak tahan dengan si pembuli.

Baru-baru ini Burger King telah mengeluarkan satu video mengenai inisiatif mereka untuk menyedarkan si dewasa mengenai kes buli yang menular di Amerika Syarikat di kalangan pelajar sekolah. Cara yang digunakan pihak Burger King ini telah menarik ramai perhatian netizen kerana cara yang digunakan mereka sangatlah kreatif.

Di dalam kajian yang di buat ini, didapati 95% para dewasa akan menegakkan keadilan apabila kes buli itu berlaki ke atas mereka sendiri. Akan tetapi cuma 12% sahaja yang akan cuba berusaha jika kes buli itu berlaku kepada mereka yang tidak dikenali. Motif pihak Burger King ini adalah untuk membuka mata para dewasa supaya tidak hanya menutup mata apabila kes buli berlaku di depan mata mereka sendiri.

Bagi kita yang berada di Malaysia dan mempunyai anak yang sedang menjalani zaman persekolahan, admin sarankan supaya lebih peka akan mereka kerana kadang kala mangsa buli ini tidak gemar untuk bercerita mengenai apa yang berlaku ke atas mereka di sekolah. Mungkin anak kita adalah mangsa, mungkin juga anak kita juga adalah pemangsa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...