January 5th, 2015

Akhirnya setelah sekian lama, Pancaindera semalam telah pun mengeluarkan gambar wajah suami dan madu kepada pelakon Zarina Zainuddin. Pelakon jelita ini telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan Wan Jaafar pada usia 22 tahun sebagai isteri kedua. Madunya ialah Datin Seri Noorhasimah Mohd. Noor. Pendedahan ini telah dilakukan selepas majlis kenduri doa selamat di kediaman Zarian Zainuddin di Subang Jaya, Selangor.

suami zarina zainuddin

Menariknya, ketika mahu berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abdul Raihan, Zarina Zainuddin sendiri  yang telah pergi meminta kebenaran daripada isteri pertama beliau. Kata Zarina:-

Berlaku salah faham tentang hasrat saya untuk berpoligami apabila saya sendiri yang meminta kebenaran berkahwin daripada Noorhashimah pada peringkat awal dulu. Apabila Datin Seri terima, saya bersyukur dan pada waktu itu saya berjanji untuk menjadi madu dan isteri yang baik.

Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya yang terdedah dengan publisiti. Syaratnya saya tidak membabitkan mereka berdua.Saya bersyukur dapat bermadu dengan Noorhashimah yang banyak mengajar saya cara berniaga.

gambar suami zarina zainuddin
Semoga dengan pendedahan ini, tiada lagi fitnah, desas-desus dan juga khabar angin yang melanda Zarina Zainuddin. Semoga berbahagia ke akhir di samping suami dan anak-anak tercinta. Sama-samalah kita doakan. Amin.
qareem familynara P.S: Dapatkan jubah Bin Qareem dengan diskaun sebanyak 30% hanya di FamilyNara. Hadiahkanlah jubah awesome ini kepada suami, ayah, kekasih atau adik beradik lelaki anda. Pasti mereka akan kelihatan lebih kacak. Info lanjut di www.familynara.com.


Comments are closed.

Loading...