Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan masa kecilnya tak pernah diuji atau dibebani dengan dugaan yang besar berbanding dengan zaman dewasanya sekarang. Katanya, jika boleh diputar waktu, Bella ingin kekal kecil supaya tidak harus mengharungi dugaan kini.
Tiada masalah ketika kecil
Kongsi Bella, dirinya bahagia ketika zaman kecilnya dahulu kerana tidak perlu memikirkan masalah besar selain dapat bersama dengan keluarga sepanjang masa. Menurutnya, jika sentiasa bersama ibu bapa tidak akan ada beban yang boleh membuatkan dirinya tertekan.
Masa kecil. Sebab sewaktu kecil, tak ada apa-apa masalah. Cuma dengan adik dan mama, kami selalu gembira, jalani penggambaran tanpa ada apa-apa masalah yang membabitkan emosi.
Masalah pun kalau setakat bergaduh dengan adik, lambat pergi sekolah. Ia tidak sebesar dan seberat bila kita dah dewasa. Tapi, kadang-kadang sebagai manusia, ada ujian.
Jadi, kalau boleh putar balik waktu, memang nak kekal kecil sampai bila-bila.
View this post on Instagram
Jangan menyesal dengan hidup
Walau bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak menyalahkan takdir yang sudah tertulis buatnya dan hanya akan menjalani ujian hidup dengan hati yang terbuka. Kata Bella juga, dia akan cuba lebih menyayangi diri sendiri selepas ini.
Inilah takdir dan saya tak nak salahkan takdir. Mungkin Allah bagi ujian ini bersebab supaya saya menjadi orang yang lebih berguna, lebih kuat, lebih berkeyakinan dan lebih menyayangi diri sendiri. Itu yang saya lupa.
Dalam hidup ini, kita tak boleh menyesal. Apa-apa yang terjadi, dah ditakdirkan begitu. Saya tak boleh nak cakap saya menyesal. Saya terima dengan hati yang terbuka apa sahaja yang saya sedang hadapi sekarang, memang itulah takdir.
Jadi, saya tak boleh nak salahkan ataupun rasa menyesal. Allah yang berlaku, semua Allah dah tentukan untuk kita. Jadi, kita hadap sahaja.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.