June 17th, 2015

Pejam celik pejam celik esok kita akan berpuasa di bulan Ramadhan dah. Yeah!!!! Gembiranya dapat puasa untuk kesekian kalinya tahun ini. Selain daripada persiapan daripada segi rohani, setiap kali bulan puasa Abang Nara akan pastikan stok makanan cukup secukupnya untuk bersahur dan juga berbuka puasa.

tesco lebih jimat

Tesco adalah tempat wajib Abang Nara pergi untuk beli segala stok makanan kering dan basah sempena Ramadhan. Lebih-lebih lagi dengan ada promosi LEBIH JIMAT yang telah pun disambung sehingga 28 Jun kerana sambutan yang amat hebat. Abang Nara pernah cerita tentang LEBIH JIMAT ini dulu. Kalau terlupa boleh baca di sini.
tesco lebih jimat
Baiklah mari kita mulakan shopping!!!
tesco lebih jimat

Ok wife Abang Nara excited semua barang LEBIH JIMAT. Kalau dia muka excited macam ini maksudnya memang banyak barang yang akan dibeli. Tak apa setahun sekali kita bagi can.
tesco lebih jimat

First thing first Maggi!!! Benda wajib ada sempena Ramadhan. Kalau terbangun lambat tak sempat masak sahur boleh terus masak Maggi. Harga lebih murah sebab Maggi termasuk dalam promosi LEBIH JIMAT.
tesco lebih jimat

Pepagi masa sahur kenalah minum air panas. Yang terbaik sudah tentu Milo. Pergh!!! Dah terasa dah kat tekak nie.
tesco lebih jimat

Yang nie pula air-air untuk berbuka puasa nanti. Astaga. Nafsu sungguh. Tapi tak apa LEBIH JIMAT dengan promosi Tesco. Beli sekali nie je untuk stok sebulan.
tesco lebih jimat

Walaupun Aariz tak puasa, Abang Nara belikan juga stok Solivite untuk dia. Tak adalah Aariz menyendeng nak minum air Abang Nara nanti.tesco lebih jimatMarilah kita beli ayam-ayam dan daging-daging untuk dimasak ketika berbuka dan bersahur nanti. Lauk wajib Abang Nara setiap kali berbuka tak lain tak bukan ialah ayam goreng. Pergh!!! Makan time panas-panas. Sedap yang amat.tesco lebih jimatTelur pun jangan lupa. Amik sepapan terus. Murah nie.tesco lebih jimatTengah jalan-jalan tiba-tiba tertengok kuih muih. Adui, terliur dibuatnya. Nak beli ke tak nie?

tesco lebih jimat

Selepas 1 jam, inilah hasil pembelian di Tesco. Penuh troli.
tesco lebih jimat

Korang yang belum buat persediaan untuk menyambut Ramadhan terutama dari segi makanan, silalah bersegera ke Tesco berhampiran. Promosi LEBIH JIMAT sedang berlangsung sehingga 28 Jun ini. Barang-barang semua harganya lebih murah daripada biasa. Silalah cepat!!! Layari www.tesco.com.my untuk informasi lanjut.


Comments are closed.

Loading...