Inilah Masa Yang Tepat Untuk Anda Memiliki Telefon Huawei, Ada Banyak Tawaran Hebat!

Hiburan

Inilah Masa Yang Tepat Untuk Anda Memiliki Telefon Huawei, Ada Banyak Tawaran Hebat!

Bila berbicara tentang telefon pintar HUAWEI, tidak pernah mengecewakan daripada segi kualiti dan teknologi. Memang sangat mantap dan ‘up to date’, memikat hati pengguna. Tidak hairanlah apabila syarikat telekomunikasi terbesar China ini memperoleh peningkatan jualan.

Mahu pelanggan mereka terus tersenyum gembira dan mendengar suara pengguna, HUAWEI telah melancarkan beberapa kejutan istimewa. Lebih banyak tawaran dan ganjaran menarik!

Advertisement

 

Jaminan 2 Tahun Secara Percuma

Sebenarnya ada pengguna merasakan jaminan setahun tidak mencukupi. Takut juga kalau telefon buat hal selepas tamat tempoh jaminan setahun itu. Niat dalam hati nak juga lanjutkan jaminan tapi kena keluar duit lagi. Memang pening kan?

Tapi, jangan risau, HUAWEI kini menawarkan jaminan selama dua tahun secara percuma. Tidak perlu bayar satu sen pun, anda boleh tarik nafas lega dan relaks sahaja.

Tempoh lanjutan jaminan hebat ini hanya untuk keluaran siri HUAWEI P30, HUAWEI Mate 20, HUAWEI nova 4 , HUAWEI nova 3i  dan juga siri tablet HUAWEI MediaPad M5 dan M5 Pro dari 1 Julai hingga 30 September sahaja. Untuk menuntut jaminan dua tahun, pengguna perlu mengaktifkannya menerusi aplikasi HiCare.

Tawaran Harga Berbaloi Untuk

P30, P30 Pro (8Gb+ 256GB) &

nova 3i

Hampir setiap bulan pastinya ada model telefon pintar terbaru yang dilancarkan di pasaran. Tapi paling tidak seronok, bila tengok harganya yang ada kalanya terlalu mahal diluar kemampuan.

Oleh itu, HUAWEI menawarkan tawaran harga istimewa dan berbaloi untuk tiga siri telefon pintarnya yang paling laris dengan spesifikasi tinggi dan lebih canggih.

 

HUAWEI P30 & P30 Pro

Inovasi HUAWEI SuperSpectrum Sensor dan SuperZoom Lens antara terbaik bagi Huawei P30 Series. Umum mengetahui, HUAWEI P30 dan P30 Pro boleh merakam pelbagai gambar ibarat jurugambar profesional. Hasilnya memang menarik.

Harga terkini : HUAWEi P30 (RM2,299) HUAWEI P30 Pro (RM3,399)

 

HUAWEI nova 3i

HUAWEI nova 3i adalah peranti kelas pertengahan dengan kualiti premium. Berkualtiti tinggi, tahan lasak dengan teknologi yang canggih. Berbaloi untuk anda milikinya.

Harga terkini : RM799

Sistem Operasi EMUI 9.1 Terbaru

Membawakan satu lagi ciri hebat, HUAWEI sentiasa memastikan pelanggannya melalui pengalaman terbaik. Terkini, mereka telah mengumumkan kemas kini sistem operasi EMUI 9.1 yang akan mengubah gaya hidup anda.

GPU Turbo 3.0

Kemaskini GPU Turbo 3 menjanjikan kepantasan, ketahanan dan kelancaran ketika anda bermain game seperti PUBG, Mobile Legend, Act of Valor dan sebagainya. Senarai game yang dipertingkatkan kualitinya di dalam EMUI 9.1 ini dinaikkan dari 6 kepada 25 jenis permainan antarabangsa.

Lepas ini, bolehlah layan game dengan lebih lancar untuk dapatkan Winner Winner Chicken Dinner.

Antara ciri baru lain yang disediakan termasuklah sistem fail baru EROFS dan pengguna kini boleh menetapkan video sebagai nada dering panggilan.

Antara Pencapaian Gempak

HUAWEI

10 Juta Unit HUAWEI P30 Terjual Dalam Masa 85 Hari

Baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lalu, siri HUAWEI P30 telah berjaya mencapai sebanyak 10 juta jualan hanya dalam tempoh 85 hari sahaja. Mengatasi rekod lebih awal berbanding penjualan HUAWEI P20 sebelum ini.

Bukan itu sahaja, HUAWEI sekali lagi mencipta kejayaan luar biasa dan telah berjaya menghantar sebanyak 100 juta peranti keluaran mereka ke seluruh dunia.

 

HUAWEI Watch GT

Tidak fokus kepada telefon pintar semata-mata, HUAWEI turut memperkenalkan jam pintar, HUAWEI Watch GT yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

Ia mendapat sambutan hangat dan menjadikannya model paling popular keluaran HUAWEI dan berjaya mencatat rekod jualan lebih 2 juta unit di seluruh dunia.

Antara yang memikat hati pelanggan adalah ketahanan baterinya. Dilengkapi dengan sistem operasi Lite OS yang direka sendiri oleh HUAWEI, bateri jam pintar ini mampu bertahan selama 2 minggu sebelum pengecasan seterusnya.

Anugerah Telefon Pintar Terbaik European

Hardware Award

Mencatat kejayaan cemerlang lagi, HUAWEI P30 Pro telah menerima penghargaan sebagai telefon pintar terbaik di European Hardware Award. Teknologi kamera SuperSpectrum dan SuperZoom mendapat pujian daripada lebih 100 editor teknologi sebagai inovasi terbaik dan paling mengagumkan.

Macam mana? Hebatkan promosi istimewa daripada HUAWEI. Untuk makluman, pembelian telefon pintar boleh dilakukan menerusi online di https://shop.huawei.com/my/

Tawaran harga runtuh ini bermula dari 1 Julai sehingga 8 Julai sahaja.

Apa tunggu lagi? Jom dapatkan telefon pintar HUAWEI sebelum promosi berakhir! Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi HUAWEI dan juga Facebook HUAWEI Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...