“Inilah Lautan Fans Mu” – Sanggup Berarak Walau Panas Terik, Aisar Khaled Dikerumuni Ribuan Peminat Ketika ‘Fan Meet’ Di Kota Medan

Trending

“Inilah Lautan Fans Mu” – Sanggup Berarak Walau Panas Terik, Aisar Khaled Dikerumuni Ribuan Peminat Ketika ‘Fan Meet’ Di Kota Medan

Sebelum ini, Aisar Khaled sudah berkali-kali membuat jelajah di Indonesia dan terbaru, lawatan pempengaruh tersebut ke kota Medan baru-baru ini menerima sambutan yang begitu hebat.

Menerusi video dikongsi Aisar di akaun media sosial, dia dilihat menaiki sebuah van dan duduk di bahagian atas sambil dikerumuni oleh ramai penduduk Medan.

Advertisement

Kedatangan Aisar ke situ mendapat sambutan positif ramai peminatnya yang begitu teruja untuk mengambil peluang bergambar dan bersalaman dengannya.

Aisar juga dilihat membuat mimik muka seperti tidak percaya bahawa dia akan disambut sebegitu ramai orang dan berkali-kali membuat bahasa tubuh berterima kasih.

Selain bertemu peminatnya itu, Aisar juga turut dikerumuni ketika dia mencedok dan menghidangkan makanan kepada mereka yang hadir.

Dalam pada itu, ramai peminat Aisar turut meluahkan hasrat bertemunya dan berharap agar pempengaruh tersebut datang ke negeri tempat mereka menetap di Indonesia.

komen netizen komen netizen  komen netizen komen netizen komen netizen

Sejak tahun lalu, Aisar mula aktif membuat konten dan melawat Indonesia selepas diterima baik oleh penduduk di sana.

3 months ago

Muka Seperti 'Fed Up' & Malas Layan, Reaksi Aisar Khaled Di Indonesia Undang Perhatian - “Dia Dah Rimas Kot, Dorang Pegang-Pegang”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...