Cef selebriti terkenal, Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan dia kini disahkan menghidap kanser limfoma.
Maklum Cef Wan, dia telah menjalani ujian ECG sebanyak dua kali di hospital dan doktor telah mendiagnosis dirinya dengan penyakit berkenaan.
Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya tadi. Pada pukul 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya.
Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan tersebut..saya sememangnya menghidap kanser limfoma.
Dia juga diberitahu doktor mengenai peluang untuk sembuh adalah di sekitar 70 hingga 80 peratus dan akan memulakan rawatan kemoterapi dengan serta merta sebanyak 13 kitaran.
Tetap positif dengan berita duka tersebut, cef selebriti itu tetap berseloroh dan tidak dapat membayangkan dirinya menggayakan rambut palsu seperti Elvis Presley, M. Daud Kilau, Samy Velu dan Liberace setelah dia kehilangan rambut kelak.
Tambahnya lagi, anak dan menantunya turut kecewa apabila mendengar berita itu namun dia menerima ujian tersebut dengan hati yang terbuka.
Anak perempuan dan menantu saya kecewa mendengar berita ini, saya kata jangan menangsi. Saya okay. Saya belum pergi lagi. Saya perlu kuat dan sihat kerana saya juga perlu menjaga ramai orang. Insya-Allah Allah akan jaga saya.
Saya menerima semua ujian ini dengan hati terbuka dan keberanian. Inilah kehidupan, anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif.
Cef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang dititipkan netizen dan juga rakan artis dan berharap kisah hidupnya ini dapat memberi inspirasi serta membantu orang lain pada masa hadapan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.