Inilah Harissa Adlynn, Penyanyi Lagu Latar Romantik Video Nikah #FattZura

Hiburan

Inilah Harissa Adlynn, Penyanyi Lagu Latar Romantik Video Nikah #FattZura

Mesti anda dah tonton video pernikahan Fattah Amin dan Fazura yang menggunakan lagu romantik nyanyian seorang penyanyi wanita. Untuk makluman, lagu yang romantik itu dinyanyikan seorang penyanyi baru bernama Harissa Adlynn Halim.

Apa yang menarik, gadis manis berbakat besar ini hanya berusia 14 tahun.

Advertisement

Ini ialah video muzik rasmi lagu tersebut yang diterbitkan oleh Warner Music Official. Ianya dicipta oleh penyanyi dan komposer yang tidak asing lagi, Aizat Amdan.

Ia juga runut bunyi bagi filem ‘Wanita Terindah’ yang menampilkan Fattah Amin dan Fazura di Astro First Eksklusif. Untuk seorang remaja 14 tahun Harissa sebenarnya sudah mempunyai latar belakang membanggakan dalam bidang seni, di mana beliau sering mewakili Malaysia di luar negara untuk persembahan tarian tradisional dan juga moden.

Selain itu, penyanyi bersuara lunak ini juga aktif dalam bidang akademik di mana dia pernah menyertai Asean Education Challenge di Chiangmai, Vietnam. Beliau juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang di sekolahnya. Ini ialah versi Inggeris untuk lagu yang sama, di mana liriknya ditulis sendiri oleh Harissa:

Selamat maju jaya diucapkan buat Harissa. – beautifulnara.com

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...