Apabila sudah menjalani kehidupan sebagai penuntut universiti, sudah menjadi hal wajib untuk pensyarah memberi kerja atau assignment kepada pelajar supaya boleh mengetahui pembelajaran yang diajari selama ini.
Bagaimanapun, ada pelajar yang mengambil jalan mudah dengan membayar khidmat individu lain untuk menyiapkan assignment yang diberi oleh pensyarah.
Bahkan, baru-baru ini, tular di platform X memaparkan satu video iklan yang mempromosikan tawaran servis menyiapkan tugasan-tugasan subjek di universiti.
Giler ada org serius business servis buat assignment. Siap buat ads tuh. Good luck masa depan Malaysia. pic.twitter.com/KlD90VycX7
— Asyraaf | Your Web Designer (@asy_raaf) October 17, 2024
Iklan tersebut telah meraih perhatian ramai, lagi-lagi individu yang mempromosikan perkara tersebut dengan selamba sambil memberitahu caj yang dikenakan.
Pengguna X yang memuat naik semula video terbabit di akaunnya meluahkan rasa berang kerana risau dengan generasi muda mengambil mudah dan tiada usaha sendiri untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah mereka.
Meninjau di ruangan komen, ramai juga yang bersetuju dengan pandangan pengguna tersebut dan merasakan ia seperti mengalak pelajar universiti untuk mempunyai sifat malas serta tidak rasa bertanggungjawab.
Namun, ada juga segelintir netizen memberitahu individu yang mempromosikan tawaran membuat tugasan universiti sudah lama wujud cuma tidak dilakukan secara terbuka.