“Inilah Dipanggil Sefrekuensi, Jodoh Yang Sekufu” – Video Suami Mizz Nina ‘Rap’ Di Atas Pentas Raih Perhatian

Hiburan

“Inilah Dipanggil Sefrekuensi, Jodoh Yang Sekufu” – Video Suami Mizz Nina ‘Rap’ Di Atas Pentas Raih Perhatian

Semalam, warganet digemparkan dengan khabar berita gembira mengenai bekas penyanyi, Mizz Nina sudah pun bernikah dengan lelaki pilihan hati, Essam Muhammad yang juga merupakan seorang rapper di Amerika Syarikat.

Pengumuman perkahwinan dilakukan sendiri oleh Mizz Nina melalui laman Instagramnya dan difahamkan, majlis pernikahan dilakukan secara tertutup, di mana hanya ahli keluarga serta kenalan rapat yang hadir.

Advertisement

Terbaru, setelah berita pernikahan menular di laman media sosial, video Essam sedang membuat persembahan rap di atas pentas meraih perhatian di platform TikTok.

Meninjau di ruangan komen video terbabit, rata-rata netizen merasakan pasangan tersebut sememangnya sepadan.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, ramai turut mendoakan agar kehidupan Mizz Nina dan suami baru sentiasa dirahmati Allah SWT serta kekal bahagia bersama.

Sekadar info, pada 15 Jun 2023, Mizz Nina memuat naik hantaran di laman media sosial meluahkan rasa syukur kerana kini dirinya sudah pun bergelar isteri untuk Essam Muhammad dalam sebuah majlis pernikahan tertutup dan memberitahu majlis bersanding akan dilakukan di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Mizz nina kahwin
1 year ago

Kongsi Matlamat Sama Cari Redha Allah, Mizz Nina Sah Nikah Dengan Lelaki Pilihan Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...