Baru-baru ini viral di laman Facebook, sebuah hantaran oleh seorang pengguna dikenali sebagai Haikal Zulkefli yang berkongsi pengalamannya ketika mengunjungi sebuah surau untuk menunaikan solat Maghrib.
Menerusi hantaran tersebut, Haikal menceritakan ketika dia sedang memasuki surau, dia telah melihat sekumpulan kanak-kanak dalam lingkungan usia 5 hingga 7 tahun yang sedang berkumpul.
Pada awlnya, dia telah menghiraukan mereka kerana ingin menunaikan solat dengan segera, namun setelah menyelesaikan ibadah, dia berasa hairan kerana sekumpulan kanak-kanak itu masih berada disitu.
Tak tahulah kenapa rasa nak pergi dekat mereka, tapi rasa tak sedap hati.
Menurutnya, dia cuba menyembunyikan diri di sebalik tembok masjid kerana ingin mengetahui apa yang mereka lakukan tanpa disedari dan menyangka mungkin mereka sedang bermain aplikasi permainan Mobile Legend (ML) atau menonton video.
Tapi kali ni terkejut bercampur sedih. Agak-agak korang sebab apa?
Namun, apa yang mengejutkan adalah apabila mereka rupa-rupanya sedang menonton movie BL (Boy’s Love) iaitu anime atau manga yang berunsur cerita percintaan sejenis (lelaki).
Bukan itu sahaja, perkataan lucah turut tidak lekang dari mulut sekumpulan kanak-kanak itu selain cuba untuk melakukan aksi soft porn berdasarkan apa yang mereka tonton itu.
Inilah akibat dari kita menormalisasikan softporn. Tanpa kita sedar, ia sedang menghancurkan generasi kita seperti parasit.
Dalam pada itu, Haikal turut berkongsi tangkap layar bagaimana anak-anak di aplikasi TikTok yang seperti sudah hilang rasa malu dan malah disokong oleh ibu bapa untuk menonton filem berunsur LGBT ini.
Jelasnya lagi, dia tidak akan menghakimi apa yang terjadi kepada kanak-kanak tersebut, sebaliknya hanya mampu mendoakan serta menegur semampu yang boleh.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.